Latest News
Friday, November 04, 2016

Fenomena Azan Di Seluruh Dunia

Fenomena Azan Di Seluruh Dunia | Pada entry yang lepas telah aku sajikan (macam makanan lah pulak) korang dengan Azan ini mampu buat anda menangis. Kali ni aku nak kongsi pasal Fenomena Azan Di Seluruh Dunia. Bertapa Agungnya.. Laungan Azan ni bersahutan tanpa putus-putus di seluruh negara, yang mana ia nya bermula dari Indonesia dan sebelum berakhir di lautan atlantik ianya bermula semula di Timur-timur Indonesia.

Fenomena Azan Di Seluruh Dunia


Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauannya..
Dan jumlah penduduknya seramai 180 juta..
Sebaik masuk waktu Subuh..
Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan..

Keagungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad SAW..
Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia... Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam..
Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia..
Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta..
Tiba giliran Dacca di Bangladesh..

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India..
Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini..
Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan..

Belum berakhir di Pakistan..
Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat..
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam...
Dalam jangka masa ini..



Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq..
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik..

Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam..
Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai timur Atlantik.
Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia..
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus..


Fenomena Azan Di Seluruh Dunia


Nota : Kalau tersalah info mohon betulkan.


INCOMING SEARCH TERM :

fenomena azan, Fenomena Azan Di Seluruh Dunia
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. wah....ini lah dia kebesaran Yang Esa... Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. pernah tengok dulu, selagi azan didunia ni bersambugan. yakjud makjud takkan muncul, dajjal takkan berpeluang.

    sebab tu zaman dulu dengar azan adalah berita paling gembira. tapi zaman sekarang. dengar azan umpama 1 bencana mengeluh memanjang.

    ReplyDelete
  3. maha suci Allah untuk semua ni..

    ReplyDelete
  4. Menakjubkan. Ini bermakna selagi dunia tidak kiamat, insyaAllah suara azan ini akan berkumandang sambung menyambung setiap saat. Subhanallah.

    ReplyDelete
  5. itulah KEBESARAN ALLAH

    hebatkan setiap kejadian dan ciptaanNYA ada terselindung keindahan kebaikan dan alasan yg kukuh mengapa ianya berlaku dan tercipta..

    SubhanAllah

    ReplyDelete
  6. Bagus blog ni.. Banyak info menarik.. Lea dah follow sini..

    ReplyDelete
  7. Saya pernah tgk jugak fenomena nie disiarkan di tv al-hijrah .

    Menakjubkan kan . Subhanallah .

    Btw, saya follower yg ke #694 =)

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Fenomena Azan Di Seluruh Dunia Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa