NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Panggilan telefon bimbit pertama di dunia dibuat pada 3 April, 38 tahun lalu oleh seorang pengurus besar firma Motorola, Martin Cooper di pusat bandar di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Cooper, yang pada masa itu berusia 44 tahun, keluar bersiar-siar dengan membawa telefon bimbit prototaip Motorola ...Dyna-TAC sambil diperhatikan orang ramai yang terkejut melihat gajet yang dibawanya.
"Semasa saya bersiar-siar jalan, penduduk New York yang begitu sofistikated kagum mmelihat seseorang berjalan sambil bercakap di telefon.
"Anda perlu ingat ketika itu tahun 1973, tiada lagi telefon tanpa kod apatah lagi telefon selular (bimbit)," kata Cooper yang kini berusia 82 tahun.
Menurutnya, orang pertama yang dihubungi dengan menggunakan telefon bimbit itu ialah ketua unit penyelidikan firma telefon Bell, Dr. Joel S Engel yang juga saingannya, sebelum dia menghubungi beberapa wartawan.
"Saya menelefon Engel untuk memberitahunya bahawa kami telah mengatasi Bell dalam perlumbaan untuk menghasilkan telefon bimbit pertama di dunia," katanya.
Cooper kemudian membenarkan wartawan-wartawan tersebut membuat panggilan mereka sebagai bukti bahawa mereka bukan ditipu dan dia bukan berjenaka. Telefon bimbit Dyna-TAC yang seberat 0.6 kilogram berada dalam pasaran 10 tahun kemudian iaitu pada 1983, dan dijual pada harga mencecah AS$3,500 (RM10,592).
Entry ini di terbitkan pada : 9 Sep 2012 - 04:05am
mak aih... sejibik hanfon akak ms dolu2... tergelak plak bila teringat kan entri ni> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/08/remote-tv-dan-handphone.html
lps 10thn baru ada kat pasaran? uihh, lama menunggu tu =) ingtkn panggilan pertama dia call awek td ;)
ReplyDeleteerkk.bapak lh mahai tepon o.6kg tuh..huhuhu..=.="
ReplyDelete@Norain Yusoff boleh wat baling anjing haha
ReplyDeletebaling anjing terus masuk icu koma. hahhaa
ReplyDeletemmg terkejut beruk kalau org tgk telefon ni masa tahun 1973...
ReplyDeletesekali skala nak berahsia ngan abg potia..haha
ReplyDelete#boleh pulak org first yg dia kol tu pesaing dia, nk menunjuk ler tuuu..mesti excited gila pesaing dia dh kalah..hehe
mak aih... sejibik hanfon akak ms dolu2... tergelak plak bila teringat kan entri ni> http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/08/remote-tv-dan-handphone.html
ReplyDelete