Latest News
Wednesday, April 11, 2012

GEMPA BUMI BERHAMPIRAN ACEH, AMARAN TSUNAMI DI KELUARKAN

GEMPA BUMI BERHAMPIRAN ACEH, AMARAN TSUNAMI DI KELUARKAN


BANDA ACEH: Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Aceh dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi.
Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. 
Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia. 

Menurut Bernama, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. - Agensi
Petikan : HMetro.com.my


INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. i love u..? uwaaa... hehehe.. alhamdulillah, amaran tsunami da di tarik semula. aina skrg ada dekat penang, rumah famliy. agk risau jugak la tadi..

    ReplyDelete
  2. kita pon takut.. dah la dok tingkat 15.. semalam masa kejadian dpt rasa.. ingat rasa mual nak muntah.. bila bangun rupanya bangunan mcm begoyang.. tau x kita lari turun pakai kain pelekat je.. bawak kunci kereta dgn SIM kad je... hahah HP x bawak pun..kunci umah pon x bawak... sampai kat bawah dah ramai dah kat bawah.. siap bomba 2 buah dtg...mujur xada apa yg berlaku..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: GEMPA BUMI BERHAMPIRAN ACEH, AMARAN TSUNAMI DI KELUARKAN Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa