Latest News
Tuesday, November 07, 2017

Travel Lebih Mudah Dengan Produk Himalaya Herbals

Travel Lebih Mudah Dengan Produk Himalaya | Salam hormat semua, jumpa lagi kita ye, tak habis-habis lagi ke travel ni? jangan tanya, travel tu dah sinonim dah dengan team Projek Travel. Kali ni nak berkongsi satu lagi prihal travel. Tapi bukan pasal tempat menarik. Kali ni nak kongsi dengan korang pasal travel lebih mudah dengan produk Himalaya Herbals.

Produk Himalaya Herbals
Produk Himalaya Herbals ketika bercuti di Lost World of Tambun

Tempohari saya dan team pergi bercuti ke Lost World of Tambun di Ipoh Perak. Kalau nak tahu dengan lebih terperinci korang boleh baca perkongsian saya di link ni "Glamping Dan Tarikan Terbaru Lost World of Tambun".


Ok, nak singkatkan cerita, kalau nak pergi melancong atau lebih sinonim dengan travel baik di dalam atau ke luar negara semestinya kita packing siap-siap kain baju dan apa saja yang perlu dibawa kan? tak terkecuali set mandian atau dalam erti kata lain toilettries  termasuklah ubat gigi, pencuci muka, krim muka dan yang ubat-ubatan untuk keperluan kecemasan.

Jika travel di dalam Malaysia memang tak jadi masalah sebab boleh je kalau nak beli kat mana-mana kan? tapi kalau ke luar negara memang agak sukar jugalah nak cari produk-produk yang halal. Jadi perkara yang paling penting sebelum pergi travel, persediaan mesti dibuat terlebih dahulu, tak kiralah samada keluar negara atau dalam negara.

Bersama Produk Himalaya Herbals
PUAS HATI : Afzalsukasuki Bersama Produk Himalaya Herbals miliknya

Percutian saya yang lepas saya bawa set produk dari Himalaya Herbals, produk Himalaya ni tak perlu di perkenalkan lagi dah. Semua orang pun dah tahu kebagusannya. Masa ke Lost World Of Tambun yang lepas saya bawa beberapa set produk Himalaya ni. Ni antaranya produk yang saya selalu bawa dalam beg kalau pergi travel ;

Pembersih Wajah - Purifying Neem

Heyy !! ingat lelaki tak pakai menda alah ni? haha.. sebenarnya saya memang suka sangat dengan pencuci muka ni. Pencuci muka 100% herbal hasil extrak daun semambu (Neem) dan Kunyit ni tidaklah seperti pencuci muka yang lain. Dia seakan-akan gel dan apabila dipakai untuk mencuci muka ianya berbuih ala kadar sahaja tapi lepas dibilas korang akan dapat rasa kesegaranya. Muka jadi  lebih segar dan tidak lagi berminyak. Kalau yang ada masalah kulit muka berminyak dan berjerawat korang disyorkan guna produk pencuci muka dari Himalaya Herbals ni.

Pencuci Muka- Purifying Neem Himalaya
Pembersih Wajah- Purifying Neem Himalaya

Protein Shampoo - Gentle Daily Care

Shampo antara benda wajib dibawa kalau pergi travel terutamanya kalau yang melibatkan mandi-manda di kolam renang dan seumpamanya. Kalau korang perasan lepas mandi sungai atau kolam-kolam buatan ni rambut kita akan jadi macam keras sikit kan? pendapat saya kemungkinan sebab kandungan klorin yang berlebihan untuk merawat air tersebut barangkali.

Protein Shampoo - Gentle Daily Care Himalaya
Protein Shampoo - Gentle Daily Care Himalaya

Shampo yang diperkaya dengan protein ni membantu korang merawat kulit kepala agar menjadi lebih sihat dan dapat mengelakkan keguguran rambut secara tidak langsung masalah kelemumur juga dapat dikurangkan. Saya memang pakai shampo ni setiap hari untuk rambut senang diurus dan rambut menjadi lebih lembut dari biasa.

Ubat Gigi - Complete Care

Berus gigi dan ubat gigi adalah benda wajiblah dibawa kalau pergi travel mana-mana kan? takkan tak gosok gigi pulak kan?. Ok, kali ni saya perkenalkan pada korang ubat gigi keluaran Himalaya Herbals iaitu Complete Care Gum Expert. Ubat gigi ini diperbuat dari 100% vegetarian dan bebas dari parabens. Apa itu Parabens? Paraben adalah bahan pengawet yang paling banyak digunakan dalam kosmetik dan produk perawatan pribadi seperti sabun, pelembab, krim cukur dan deodoran menurut ORGANIC CONSUMERS ASSOCIATION.  (sila rujuk gambar di bawah sekali)

Kapsul Neem

Kapsul Neem ni bukanlah benda wajib dibawa kalau travel, tapi saya bawa juga kadang-kadang untuk diambil sebagai supplement untuk kekalkan kesihatan kulit dan rambut. Tapi selalunya saya amalkan makan Kapsul Neem ni di rumah sahaja. Pengambilan 2 kali sehari selepas makan sudah memadai untuk penjagaan kuit dan rambut.  (sila rujuk gambar di bawah sekali)

Clear Complexion - Day Cream

Krim kulit ni wajib dibawa kalau pergi travel, bagi jejaka kacak semulajadi macam saya (anggap je kacak ok) korang ingat lelaki tak reti nak jaga kulit? kalau korang nak tahu Clear Complexion Day Cream ni mengandungi Licorice dan White Dammer yang mana mampu sekatakan tona kulit dan yang paling penting ia mengadungi UV protection.

Clear Complexion - Day Cream Himalaya
Clear Complexion - Day Cream Himalaya

So kalau nak jadikan dia sebagai "Sunblock" untuk kulit pun boleh. Kalau saya, saya akan pakai di muka dan lengan je, sebab bahagian tu lebih terdedah kepada sinaran matahari kan?. Untuk pengetahuan korang juga lah, produk Clear Complexion - Day Cream ni bebas dari Alcohol dan Parabens seperti yang saya nyatakan di atas.

Koflet Lozenges

Macam gula-gula je Koflet Lozenges. Apa fungsi Koflet Lozenges ni? ianya berfungsi untuk merawat batuk dan sakit kerongkong. Paling saya suka dengan produk Himalaya adalah produk ni. Kalau nak ikutkan Koflet Lozenges ni lah paling cepat habis kalau pergi travel mana-mana hahaha... mana tak nya.. tak batuk pun saya bedal jugak.

Sebenarnya rasanya yang pedas (tidak seperti gula-gula hack) membuatkan saya mengambilnya macam makan gula-gula ketika memandu, Nak tahu rahsianya? selalunya kalau saya memandu pada jarak yang jauh, mengatuk tu sudah tentu. Jadi saya hilangkan mengantuk dengan menghisap Koflet Lozenges ni agar mata jadi lebih segar sebab rasanya yang pedas hahaha... Korang jangan ikut yang ni pulak sebab fungsi sebenar dia adalah untuk batuk dan sakit kerongkong je. (sila rujuk gambar di bawah sekali)

Ok, kalau nak travel saya syorkan korang cubalah bawa kesemua produk Himalaya ni terutamanya Protein Shampoo - Gentle Daily CareProtein Shampoo - Gentle Daily CareUbat Gigi - Complete CareClear Complexion - Day Cream dan Koflet Lozenges. So Kapsul Neem terpulanglah nak bawa ke tak.

Produk Keluaran Himalaya Herbals
Produk Keluaran Himalaya Herbals

Apa yang penting, semua produk ni mudah di dapati di satu tempat sahaja samada di Kedai Himalaya Herbals sendiri atau di farmasi-farmasi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang produk Himalaya Herbals ni korang boleh cuba terjah facebook Himalaya Herbals Malaysia atau di Instagram Himalaya Herbals. Jangan risau, sebab harganya berpatutan. Selamat mencuba dan travel.


INCOMING SEARCH TERM :

Travel Lebih Mudah Dengan Produk Himalaya, info produk Himalaya Herbals, Produk Himalaya, Set Travel Himalaya Herbals
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Travel Lebih Mudah Dengan Produk Himalaya Herbals Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u