Latest News
Wednesday, August 10, 2016

Roopawan Tampil Artis Dan Booth Di Hari NBOS 2016

Roopawan Tampil Artis Dan Booth Di Hari NBOS 2016 | Hari Terbuka NBOS 2016  bakal berlangsung 14-18 Ogos 2016 beberapa hari saja lagi. Berdasarkan kesinambungan entri Hari NBOS Strategi Lautan Biru 2016 yang lepas, kali ini saya ingin sekali lagi maklumkan mengenai kepelbagaian aktiviti dan booth daripada celebriti dan barisan blogger tersohor tanahair yang di bawakan khas untuk anda oleh Roopawan.

Aktiviti Hari Terbuka NBOS 2016
Aktiviti Hari Terbuka NBOS yang di rakan pada 2015

Apa Itu Roopawan?

Sebenarnya Roopawan ini adalah satu syarikat yang menguruskan portal e-commerce iaitu satu laman web beli-belah di atas talian. Selain itu, Roopawan juga menampilkan jenama dan fesyen-fesyen terkini muslimah sesuai dengan peredaran dan trend masakini termasuklah koleksi barangan selebriti tanahair.

Roopawan kini boleh di akses di  www.roopawan.com. Terdapat banyak koleksi fesyen-fesyen terkini yang anda boleh dapati di Roopawan. Tidak terhad kepada fesyen semata-mata, Roopawan juga ada mejual produk kecantikan Halal dan juga aksesori termasuklah pakaian wanita dan lelaki.

Booth Selebriti Dan Blogger

Antara Artis dan Selebriti tanahair termasuk blogger yang bakal memeriahkan booth di Hari Terbuka NBOS 2016 nanti adalah seperti berikut;


BIL NAMA NO BOOTH ARTIS / SELEBRITI
1 RARA BY ERRA FAZIRA 01 Erra Fazira
2 NANARAYYAN HIJABS BY SND 02 Siti Nordiana
3 LET’S CANTIK BY NUR SAJAT 03 Nur Sajat
4 DOKOH 04 Nik Khairul Amri & Alif
5 ZAPATOS BY ZAIN SAIDIN 05 Zain Saidin
6 MINIME 06 Aisyah Rania
7 A&A APPAREL 07 Anas Abas
8 PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN BRACE BEAUTE 08 Zul Fattah (Blogger)
9 RCW WORLDWIDE 09 Rozita Che Wan
10 BY DAFI 10 Dafi Ismail Sabri
11 BY SAKURA BAND 11 Sakura Band
12 ANIS AL IDRUS WARDROBE 12 Anis Al Idrus
13 HOSPITAL SEHAT 13 -
14 ROOPAWAN/AFIYA KL/VERMILLION 14 Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos
15 AISHA WONG 15 Aisha Wong & Jasmine Wong
16 PRINCESS LOVE BY DIYANAHNADIA 16 Diyanah Nadia
17 PROJEK TRAVEL / PENA BERKALA / ALEGORE MALAYSIA 17 Projek Travel (Blogger)
18 FSYN / BY FAUZI ARYAAN 18 Nisa Kay & Fauzi Aryaan (Blogger)
19 THE BUNKS & BUNKFACE PERFUME 19 Bunkface
20 ABSTRAXX 20 -
21 WULPAK CLOTHING 21 -
22 ELITE S7 BY RONNIE HUSSEIN 22 Ronnie Hussein
23 IPPO HAFIZ X CATALEYA SPACE 23 Ippo Hafiz
24 RUBY SOHO BARBERSHOP 24 -

Persembahan Artis

Selain itu terdapat ramai artis-artis bakal membuat persembahan sepanjang Hari Terbuka NBOS 2016 ni. Antara para artis yang bakal memeriahkan suasana di NBOS nanti adalah seperti Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Bunkface, Aizat Amdan, Sandra, Caliph Busker, Ronnie Hussein, 6ixth Sense, Alif Satar, Tasha Manshahar, Encik Mimpi, Haiza, Ewal AF, Zariff AF, Sazrin, Aina Abdul dan ramai lagi.

Barisan Artis Bakal membuat persembahan Di Hari NBOS 2016
Barisan Artis Bakal membuat persembahan pada Hari Terbuka NBOS 2016

Menarik Di NBOS 2016

Hari Terbuka NBOS 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Ogos 2016 (Selasa). Antara aktiviti dan juga program yang bakal berlangsung adalah Pengundian Awam atau Cabutan Undi PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia) yang bakal berlangsung pada 14 Ogos 2016 (Ahad). Selain itu cabutan bertuah turut di adakan buat para pengunjung NBOS. Antara lain aktiviti ialah terdapat acara khas iaitu lelongan amal oleh artis-artis popular di Pentas Utama.

Berikut adalah antara gambar-gambar kemeriahan Hari Terbuka NBOS yang dirakam ketika NBOS 2015.

Hari Terbuka NBOS 2016
Gambar Hari Terbuka NBOS pada 2015

Program-program yang bakal berlangsung agak menarik, sambil membeli belah anda boleh bertemu dengan artis-artis pujaan anda pada Hari Terbuka NBOS 2016 nanti. Jadi Jom kita ke booth artis dan selebriti tanahair. Psssttt... Projek Travel pon ada booth dia sendiri tau.... jumpa di sana!!!!!....

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang di bawah ;
Website : https://www.blueoceanstrategy.com
Facebook : https://www.facebook.com/BlueOceanStrategy1
Twitter : https://twitter.com/BlueOceanStrtgy
Youtube : https://www.youtube.com/c/blueoceanstrategy


INCOMING SEARCH TERM :

Roopawan Tampil Artis Dan Booth Di Hari NBOS 2016, Artis Dan Booth Di Hari NBOS 2016, aktiviti Hari NBOS 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. picc?? dekat sangat ngan rumah ni..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hari Terbuka NBOS 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

      Read more: http:/

      Delete
    2. Hari Terbuka NBOS 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

      Read more: http:/

      Delete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Roopawan Tampil Artis Dan Booth Di Hari NBOS 2016 Rating: 5 Reviewed By: Blogger2u