Latest News
Sunday, October 04, 2015

Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting

Behind The Scenes Tour Resorts World Genting | First World Hotel merupakan hotel yang mempunyai bilik yang terbanyak di Asia. Oleh itu, tidak hairan la jika Genting Highlands mampu menerima pengunjung yang ramai dalam satu-satu masa. Pasti kita terfikir bagaimana pihak Resorts World Genting beroperasi dan memastikan keperluan pengunjung dipenuhi.

Oleh itu, Resorts World Genting ada menyediakan Pakej Behind The Scenes Tour untuk para pengunjung yang ingin mengetahui dan mempelajari di sebalik tabir pengurusan dan perkhidmatan di dalam Resorts World Genting. 


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Kanak-kanak antara yang hadir memeriahkan lawatan behind the scene tour di Resort World Genting


First World Hotel Laundry


Bagi sesi pertama Pakej Behind The Scenes Tour ini, blogger2u.com (B2U) dan rakan-rakan di bawa ke ruang dobi atau di panggil Laundry DepartmentB2U teruja melihat mesin-mesin dan peralatan yang digunakan untuk menampung kapasiti kain yang perlu dicuci. Bermula dari penghantaran kain ke bahagian laundry hingga ke bahagian pengeringan, semuanya menggunakan teknologi dan mesin berkapasiti besar. Ini dapat membantu meringankan beban pekerja dan dapat menjimatkan masa.


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Sambil melawat kita snap gambar


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Pekerja Laundry First World Hotel sedang bertugas


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Antara mesin-mesin yang di gunakan bagi memudahkan kerja-kerja di Laundry First World Hotel


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Beginilah caranya bagaimana cara menggosok kain cadar di lakukan


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Menggosok kain cadar dengan bantuan mesin


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Antara peratan canggih untuk menggosok baju



See, Do & Eat Workshop


Bagi sesi kedua pula, kami diajar cara-cara untuk membuat hiasan donut dan juga bento. Masing-masing menunjukkan kreativiti menghias donut dan bento dalam sesi See, Do & Eat Workshop. Bagi yang tidak mengetahui apa itu bento, ia merupakan salah satu makanan Jepun. Alhamdulillah, menjadi juga hasil keras tangan B2U tapi yang mana satu, biarlah rahsia.


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Ruang di sediakan untuk See, Do and Eat Worlshop


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Masing-masing sibuk nak buat yang terbaik konon-konon dapat hadiah.. haha..


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Proses menghias Donut giat di jalankan. Part paling best ni.


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Buat sendiri hias sendiri. Cantik tak? 


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Bahan-bahan untuk membuat dan menghias Bento


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Buat sendiri dan makan, tak tahulah kategori apa ni. Bento selimut kot hehe


Genting International Showroom


Untuk sesi ketiga, kami dibawa pula ke Genting International Showroom bagi melihat sendiri bagaimana kelengkapan audio dan pencahayaan digunakan bagi sesebuah persembahan. Genting International Showroom seringkali menjadi pilihan untuk persembahan-persembahan antarabangsa, jadi keperluan dan semua peralatan yang digunakan canggih dan terkini.

Kebetulan semasa kami di sini, Genting International Showroom sedang mengadakan persembahan Superstars of Magic 4, jadi dapatlah kami menonton persembahan silap mata dari ahli silap mata yang terkenal.


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Manager bahagian entertainment menerangkan bagaimana audio dan lighting dilakukan sebelum sebarang persembahan di jalankan


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Ruang teknikal yang berada di tengah-tengah showroom bagi mengawal dan memantau perembahan berjalan dengan lancar.


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting
Persembahan lighting dan audio di review sebelum persembahan sebenar di lakukan.


Pakej Behind The Scenes Tour



Jadi, bagi pengunjung yang berminat untuk melihat sendiri pengalaman di belakang tabir Resorts World Genting, boleh menyertai Pakej Behind The Scenes Tour. Harga dan tarikh untuk pakej ini adalah seperti berikut :


Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting


Tarikh :
September : 5,6,12,13,19-27
October : 3,4,10,11,17,18,24,25,31
November : 1,7,8,14,15,21,22,27,28,29
December : 4,5,6,11,12,13,18,19,20,25,26,27

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting boleh layari : http://www.rwgenting.com/


INCOMING SEARCH TERM :

Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting, See, Do & Eat Workshop, Genting International Showroom, Pakej Behind The Scenes Tour
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Pakej Behind The Scenes Tour Resorts World Genting Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa