Kenaikan Kadar Harga Tol Terkini
Seperti yang di nyatakan di berita TV semalan kadar kenaikan tol terkini bermula 15 Oktober 2015. Kadar kenaikan tol terlibat sehingga 80% (Lebuhraya Kajang SILK). Kadar tol di beberapa lebuhraya utama di seluruh negara akan dinaikan antara 20 sen hingga RM 1 bemula 15 Oktober ini.Berikut kadar kenaikan harga Tol mengikut lebuhraya ;
- Lebuhraya SMART
Tol terowong SMART naik 50% iaitu naik RM1 dan menjadikan kadar bayaran tol terkini RM3 bermula 15 Oktober ini. - Lebuhraya MAJU Expressway (MEX)
Kenaikan 20 sen hingga RM3 (20-33% ) bergantung kepada kelas masing-masing bermula 15 Oktober 2015 ini.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL SALAK SELATAN |
PLAZA TOL PUTRAYA |
---|---|---|
Kelas 1 | RM2 | RM3 |
Kelas 2 | RM4 | RM7 |
Kelas 3 | RM6 | RM10 |
Kelas 4 | RM1 | RM1.80 |
Kelas 5 | RM1.50 | RM2.50 |
- Lebuhraya Kajang SILK
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK) juga mengumumkan kenaikan bermula 15 Oktober 2015. Kadar tol Lebuhraya Kajang SILK naik 80% antara 40 sen dan RM2.40 mengikut kelas gandar kenderaan masing-masing.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL KAJANG SILK |
---|---|
Kelas 1 | RM1.80 |
Kelas 2 | RM3.60 |
Kelas 3 | RM5.40 |
Kelas 4 | RM0.90 |
Kelas 5 | RM1.50 |
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Kadar tol naik 25% antara 50 sen hingga RM 1. Pemegang Lebuhraya Konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), Konsotium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESURI) megumunkan kenaikan kadar harga tol baru bermula 15 Oktober 2015.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL AYER PANAS |
PLAZA TOL SENTOL PASAR |
PLAZA TOL KG. BATU |
---|---|---|---|
Kelas 1 | RM2.50 | RM2.50 | RM2.50 |
Kelas 2 | RM3.80 | RM3.80 | RM3.80 |
Kelas 3 | RM5 | RM5 | RM5 |
Kelas 4 | RM1.30 | RM1.30 | RM1.30 |
Kelas 5 | RM1.30 | RM1.30 | RM1.30 |
- Plaza Tol Gombak dan Bentong, Lebuhraya KLK (Kuala Lumpur-Karak Highway)
Kadar tol naik 17-20% antara 30 sen dan RM3.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL GOMBAK |
PLAZA TOL BENTONG |
---|---|---|
Kelas 1 | RM6 | RM3.50 |
Kelas 2 | RM12 | RM7.50 |
Kelas 3 | RM18 | RM10.50 |
Kelas 4 | RM3 | RM1.30 |
Kelas 5 | RM5 | RM3 |
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
Kenaikan harga tol naik 44%. Pihak Pengurusan New Pantai Expressway Sbd Bhd memaklumkan bahawa penyelarasan struktur kadar tol di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bermula 15 Oktober 2015.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL PANTAI DALAM |
PLAZA TOL PJSS |
PLAZA TOL PJSS2 |
---|---|---|---|
Kelas 1 | RM2.50 | RM2.50 | RM1 |
Kelas 2 | RM4.60 | RM4.60 | RM4.60 |
Kelas 3 | RM6.90 | RM6.90 | RM6.90 |
Kelas 4 | RM1.20 | RM1.20 | RM1.20 |
Kelas 5 | RM1.60 | RM1.60 | RM1.60 |
- Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
Pihak Pengurusan Besraya (M) Sn Bhd memaklumkan penyelarasan struktur Kadar tol naik 54% bagi Plaza Tol Mines berkuatkuasa 15 Oktober 2015.
KELAS KENDERAAN | PLAZA TOL PANTAI DALAM |
---|---|
Kelas 1 | RM2 |
Kelas 2 | RM4 |
Kelas 3 | RM4 |
Kelas 4 | RM2 |
Kelas 5 | RM1.30 |
Kadar kenaikan tol terkini mengikut kelas kenderaan masing-masing seperti berikut;
- KELAS 1 - Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali bas dan teksi)
- KELAS 2 - Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 5 atau 6 roda (kecuali bas)
- KELAS 3 - Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)
- KELAS 4 - Teksi
- KELAS 5 - Bas
Sekian senarai kenaikan kadar tol semasa mengikut kelas kenderaan masing-masing. Untuk maklumat lanjut sila rujuk lama-laman web atau twitter syarikat-syarikat konsesi lebuhraya seperti yang di nyatakan diatas.
Nampaknya semakin banyak janji pru13 yang dicapati..:(
ReplyDeleteterpaksa guna jalan dalam untuk elak tol masa balik kampung.. hahaha sememangnya selalu buat macam tu
ReplyDeletekalau ada.. klu takde kena lalu jugak
Deletenaik lagi... huwaaaa nsib la keje tk lalu tol
ReplyDelete