Wednesday 4, Dec 2024
Tuesday, September 09, 2014

Unknown Cabaran 30 Hari Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting

Cabaran 30 Hari Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting | [Day 7] Cabaran 30 hari kali ini menyentuh soal Pendidikan, sebelum ini cabaran 30 hari bertanyakan apa yang anda makan hari ini?. Sebut sahaja perkataan pendidikan apa yang minda cakap adalah pembelajaran dan pelajaran. Pendidikan lebih menjurus kepada pendidikan formal yang lebih kepada teori daripada praktikal.

Cabaran 30 Hari
Tanpa pendidikan ibarat bunga mekar tapi diabaikan

Pentingnya Pendidikan

Pendidikan ada 2 aspek, iaitu antara formal dan tidak formal. Ok, tak nak cerita panjang. jawapannya pendidikan adalah PENTING. Tidak kiralah pendidikan itu secara formal mahupun tidak formal. bagi mereka yang sudah berada di dalam dunia pekerjaan, mereka lebih tahu apa yang dimaksudkan dengan pendidikan dan masa depan dengan adanya pendidikan.

Pendidikan Pengaruh Minda

Bagi saya pendidikan tidak formal atau di sertai dengan praktikal adalah pendidikan yang paling baik berbanding pendidikan yang hanya berlandaskan teori semata-mata. Dalam dunia globalisasi dengan kehidupan masyakarat yang serba maju ini, pola pekerjaan yang di tawarkan zaman ini cukup berbeza mengikut kriteria masing-masing.

Ada majikan yang hanya mementingkan akedemik semata-mata dan ada majikan yang melihat kepada kemahiran individu itu sendiri berdasarkan bidang dan pengalaman yang di ceburi. Walaupun pengalaman itu boleh di dapati di mana-mana seperti yang saya nyatakan tadi samada formal atau tidak formal. Tetapi bukti di atas kertas diperlukan untuk mengukuhkan penerimaan anda terhadap majikan.

Pendidikan Itu Perlu

Saya beri anda 3 situasi yang berbeza, yang mana A cuma ada pendidikan dan sijil, manakala B mempunyai Pengalaman akan tetapi tidak mempunyai sijil. Dan C mempunyai Sijil dan Pengalaman.

Sebagai seorang majikan sudah pasti anda memilih C sebagai pekerja anda. Secara kesimpulannya, Pendidikan itu penting dan disertakan dengan pengalaman yang di garap sebagai kemahiran demi masa depan yang cerah.

Jika anda minat dengan sesuatu, anda pasti cuba untuk memahami sesuatu itu sendiri dan ingin mencubanya kerana disitu lahirnya kepuasan pada diri sendiri.


INCOMING SEARCH TERM :

Cabaran 30 Hari Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting, Cabaran 30 Hari, Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting, Pendidikan Pengaruh Minda
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Setuju. Jika akak jd bos pun akak mmg pilih yg ada sijil dan kemahiran. Penat wo latih yg tak berkemahiran tp lastly berhenti p kerja tpt lain. Biar ada sijil dan kemahiran. Baru bos aenang hati ^__^ ^__^

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Cabaran 30 Hari Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa