Penjaring gol Gotze selaku hero pasukan German 2014 |
PIALA DUNIA - piala yang menjadi rebutan sejak 1930 sehingga sekarang (German vs Argentina 2014) |
Berdasarkan sejarah statistik Piala Dunia sejak tahun 1930-2014 kemenangan perlawanan memihak kepada pasukan German. Akan tetapi setelah di analisis kedua-dua pasukan mempunyai rekod kejayaan yang sama iaitu German vs Argentina menang 1 kali dan sebaliknya. Untuk Sejarah statistik perlawanan Piala Dunia antara German vs Agentina boleh [Rujuk Disini].
Sepak mula bermula jam 3 pagi 14-July-2014 waktu Malaysia menyaksikan tiada sebarang jaringan bagi 45 minit separuh masa pertama. Semasa separuh masa pertama berlansung terdapat 2 layangan kad kuning untuk pasukan German masing-masing pada minit ke 29,Schweinsteiger dan minit 29, Howedes. Separuh masa kedua bermula juga masih tiada sebarang jaringan sehingga ke 90 minit perlawanan.
Perlawanan German vs Argentina berlanjutan ke perlawanan masa tambahan (extra time 30 minit). Pada 15 minit masa tambahan pertama berlangsung juga tiada sebarang gol di jaringkan. Manakala minit ke 113 separuh masa kedua masa tambahan akhirnya pasukan GERMAN menyumbat Gol pertama perlawanan melalui GOTZE.
Akhirnya, keputusan kemenangan perlawanan Piala 2014 membawa kemenangan kepada pasukan GERMAN. Perlawanan Piala Dunia 2014 antara German vs Argentina menutup tirainya hari ini. Jumpa lagi pada tahun 2018 di Russia. Tahniah buat pasukan German.
gotze lah heronya ... muda lagi tu ... cerah masa depan .
ReplyDeleteKekalahan Argentina kerana ketumpulan penyerang menjaringkan gol.
ReplyDeletehidup Hitler !
ReplyDeleteeh eh hidup Gotze! hehe
Salam pagi potia..lawatan blog geng seludup..syshh !!
ReplyDeleteHebat Jerman. Rasanya itu lah peluang terbaik mereka sepanjang perlawanan dan berjaya disempurnakan dgn perfect oleh Gotze.
ReplyDeletenseb ade extra 30 minit...brjaya jugk...hoho..
ReplyDelete