Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park | Mencari
tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur cukup mudah. Anda tidak perlu ke merata tempat untuk melawat tempat-tempat menarik di sini, semuanya berada di satu kawasan sahaja. Apa yang terdapat di "
centre of Kuala Lumpur" ini?, antaranya adalah
Taman Tasik Perdana,
Taman Burung,
Taman Rama-rama,
Taman Orkid,
Taman Rusa,
Memorial Tunku Abdul Razak,
Planetarium Negara,
Masjid dan
Muzium Islam Negara serta
Muzium Negara.
Tiket masuk adalah percuma kecuali Taman burung dan Taman Rama-rama yang mengenakan bayaran tiket yang berbeza. Manakala bayaran RM1 dikenakan untuk ke Taman Orkid (sekarang free kot) , Muzium Negara (dikenakan bayaran tiket) dan selain daripada itu adalah Percuma [tertakluk kepada perubahan semasa]. Untuk keterangan lanjut mengenai Taman rama-rama kuala Lumpur anda boleh langsung ke entri Seharian Di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.
 |
Cattle Egret |
 |
Cattle Egret |
Taman Burung Kuala Lumpur konsep Bebas Terbang Terbesar Di Dunia
Taman Burung Kuala Lumpur [KL Bird Park] berkonsepkan bebas terbang ini yang menempatkan 200 spesis burung yang di anggarkan terdapat lebih 3000 ekor burung yang mana datangnya dari dalam dan luar negara. Taman Burung ini atau di kenali dengan "World's Largest Free-flight Walk-in Aviary" begitu popular di kalangan pelancong tempatan dan asing ini di kelolakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang beralamat di :
KL Bird Park, 920 Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur.
 |
Peta Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park MAP |
 |
Burung Merak atau Indian Blue Peacock |
Harga Tiket Taman Burung Kuala Lumpur
Sesuai dengan keadaan semasa,
harga tiket masuk ke Taman Burung ini masih lagi di tahap sederhana mahal, namun keistimewaan di beri kepada warganegara Malaysia dan pemegang Mykad harus dipuji.
Harga tiket masuk ke Taman ini di tentukan kepada kerakyatan yang mana harganya agak jauh berbeza dengan harga yang di tetapkan kepada pelancong asing. Dikaun kepada warganegara Malaysia sebanyak RM10 hingga RM15 setiap seorang jika menepati syarat-syarat ketika membuat pembayaran di kaunter tiket di hadapan taman ini.
Harga Tiket Masuk Terkini Taman Burung Kuala Lumpur
Masuk ke Taman Burung ini anda dikenakan tiket berbeza mengikut kriteria seperti di bawah ;
Pelawat Warga Asing Dewasa RM67
Pelawat Warga Asing Kanak-kanak RM45
Pelawat Warganegara Dewasa (Dengan My Kad) RM27
Pelawat Warganegara Kanak-kanak (Dengan My Kad) RM13
(Kanak-kanak 3-11 tahun)
Semua harga di atas termasuk GST 6%.
Antara beberapa gambar Spesis Burung yang terdapat di Taman Burung Kuala Lumpur [KL Bird Park] ini.
 |
Cattle Egret |
 |
Burung Merak / Indian Blue Peacock |
![Cockatiel [Nymphicus hollandicus] Cockatiel Nymphicus hollandicus](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRqO4gfKd5bPJYh7KaVZZg-WBToiLnnZx1Qr1OqACfimEmhwXUoW1ukIiNUwnBFfDMnFhbs1wo-nCI43Re-CYydk-289yiWZsgpwHb1AL6WICqIo0eD8hkT-ZsnpfqApXAJY8m9Y6HGB1S/s640/DSC_0045.JPG) |
Cockatiel [Nymphicus hollandicus] dikenali sebagai Quarrion dan Weiro disifatkan burung kakaktua spesis terkecil yang berasal dari Australia. |
 |
Burung Kuang / Crowned Pigeon |
 |
Burung Scarlet Ibis |
 |
imperial pigeon |
 |
Parrot |
 |
Congo Afrika Grey Parrots |
 |
Antara Spesis yang agak jinak yang menjadi tarikan di Taman Burung Kuala Lumpur / KL Bird Park |
Video Taman Burung Kuala Lumpur | KL Bird Park Video
Waktu Burung Diberi Makan (Feeding Time) & Pertunjukan Burung
Waktu yang di tunggu-tunggu oleh pengunjung adalah masa burung-burung ini diberi makan (feeding time). Petugas Taman Burung ini akan mengadakan sedikit pertunjukan serba ringkas mengenai bagaimana burung-burung di Zon 4 Amfiteather bertindak mengikut arahan. Bagaimana cara burung ini bertindak? Anda perlu mengunjungi taman ini sendiri.
Waktu Makan / Feeding Time
- Burung yang bebas : 10:30am.
- Di Taman Enggang : 11.30am
- Burung Kakak Tua : 12pm
- Burung dalam Sangkar : 2.30pm
- Spesis Helang / Brahminy: 2:30pm
 |
Brahminy kite / Helang |
Bagaimana untuk ke
Taman Burung Kuala Lumpur ini, serta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya anda boleh rujuk laman rasmi
Taman Burung KL Bird Park.
Taman Tasik Perdana 50480
Email : info@klbirdpark.com
Artikel ini ditulis pada tahun 2014, perubahan harga dan apa saja yang berkaitan dengan Taman Burung Kuala Lumpur di luar pengetahuan penulis. Sila rujuk sumber yang asli di laman web mereka.
wow , menarik ! saya blum pernah pegi taman burung ...
ReplyDeleteWahhhh, banyaknye burung.... teruja tengok. cantik2 plk tu. kak dikbee nak ikut!!! =)
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletecantik2 burung nie.. best gak dapat gi..bersama keluarga,
mselim3
Subahanallah...cantek burung2 tuh kan. Wan selalu pi KL tpi tak pernah tau pulak. Kerap layan Zoo jer.
ReplyDeleteDah berzaman tak pergi taman burung. Last pergi masa 8 yo. Omaikot!
ReplyDeletetak pernah tau pasal nie..ingatkan dekat melaka je ada muzium2 macam nie...
ReplyDeleteTurunkan lg harga tiket.biar rm5...leh org ramai berulang kali dtg tengok burung...boring2 leh lepak2 tengok burung brsama family
ReplyDeleteDah lama x pergi bird park...last pegi situ tahun 2007, masa duk bertunang lg ngan suami.. Sekarang ank dah nak masuk 3..hehe...
ReplyDeleteHari ni kami masih bercuti raya haji. Blh la bwk anak2 pegi sana..tp xtau la buka ke x kot2 masih ditutup sb raya haji...tp xpe, blh cuba...
Thanks sb bg sy idea nak bw anak2 ke mana hari ni!!
I'd like to provide a suggestion. Can the Park managemenmenu imposed issuance of receipts for items purchased? I shopped at the souvenir market and the total that I have to pay was RM 15 but the cashier only keyed in RM 5. Their CCTV monitor displays close to 16 camera views but none pointing towards payment counter.
ReplyDeleteHope KL Bird Park Management read your comment..
DeleteLokasi yang memberikan ketenangan jiwa..:)
ReplyDeletelawo gambar burung ni..
ReplyDeleteSaya dulu pernah pelihara burung merak, tapi setahun kemudian udah besar malah ilang, sudah melihara burung cantik dirumah. banyak maling :D
ReplyDeletetak pernah masuk lagi taman burung. nak kena gi sekali ni
ReplyDeletehujung tahun ni boleh ajak anak2 tengok burung lagi
ReplyDeletetamannya bagus, cocok buat jalan jalan sekeluarga...
ReplyDeletewaow burungnya pada bagus yah, kayanya taman ini sangat cocok nih buat rekreasi keluarga dan menambah wawasan untuk si kecil biar bisa mengenal jenis-jenis binatang lainnya
ReplyDelete