Wednesday 4, Dec 2024
Friday, July 26, 2013

Unknown Mayat Berulat Dalam Rumah

Mayat Berulat Dalam Rumah di Johor

Membaca artikel Mayat berulat dalam rumah ini membuatkan kita terfikir kenapa semua ini boleh terjadi?. Kalau dah sampai tahap berulat, bermakna mayat ini sedah lebih seminggu rasanya. Yang menjadi persoalannya kenapalah tiada siapa perasaan? Kalau ye pun tinggal sorang sila lah maklumkan kepada sesiapa yang terdekat supaya perkara macam ini tidak berlaku.

Artikel Mayat Berulat Dalam Rumah - BH

Muar: Mayat seorang lelaki yang sudah berulat ditemui dalam sebuah rumah dekat Kampung Baru Lenga di sini, malam kelmarin.
Mayat Gan Hock Ang, 34, ditemui dalam keadaan terbaring lengkap berpakaian serta berselimut atas katil dalam sebuah bilik rumahnya itu pada jam 9 malam.
Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Gan, 40-an, berkata adiknya tinggal bersendirian di rumah itu selepas berpindah dari Kuala Lumpur pada Tahun Baru Cina lalu.

Hidap penyakit kencing manis

Katanya, adiknya itu masih belum berkahwin dan menghidap penyakit kencing manis dan hepatitis.
“Disebabkan penyakit itu juga, dia pernah pengsan sehingga terpaksa dimasukkan ke wad sebuah hospital di Kuala Lumpur selama enam bulan.
“Saya hantar dia pulang ke kampung kerana dia mahu sangat tinggal di sini dan tidak sangka meninggal dunia ketika bersendirian di rumah,” katanya. Hock Ang dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu.
Katanya, kali terakhir dia menghubungi adiknya ialah dua minggu lalu dan ketika itu Hock Ang ceria seperti biasa.
Beliau berkata, jiran mereka ada memberitahu tidak melihat adiknya itu sejak beberapa hari lalu dan menyangkakan Hock Ang berada di Kuala Lumpur.

Semoga artikel ini memberi kesedaran kepada kita supaya kita lebih peka dan sentiasa mengambil tahu antara satu sama lain. Jangan sampai dah berulat dalam rumah baru kita nak tercari-cari.

Nota: gambar di atas tiada kena mengena dengan artikel ini dan hanya sekadar hiasan.
Sumber gambar : google


INCOMING SEARCH TERM :

berita, mayat berulat dalam rumah, jumpa mayat berulat dalam rumah, mayat di temui dalam rumah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. itulah penting mengambil berat satu sama lain, masyaAllah semoga kita tidak teruji sebegini

    ReplyDelete
  2. nasib baik ada yang perasan..

    ReplyDelete
  3. Nasi dah jadi bubur.. Mungkin masa sakit tiada siapa datang tolong..

    ReplyDelete
  4. kesiannya lah. tak siapa yang sedar. nasib baik lah jumpa jugak. kalau tak reput sia-sia je

    ReplyDelete
  5. bahaya betul penyakit tiga serngkai ni. kalau ada kencing manis, tak mustahil ada sakit jantung dan juga darah tinggi

    ReplyDelete
  6. bahayanya..kesian.. :(

    ReplyDelete
  7. @boni kacak mmg bahaya kalau kena 3 serangkai ni.. kebiasaan menda ni pekej sekali dtgnya

    ReplyDelete
  8. wahh..sampai berulat dibuatnya..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Mayat Berulat Dalam Rumah Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa