Taktik Penyeludupan Dadah
Gambar Taktik-Taktik Penyeludupan Dadah | Sebelum ni penulis berkongsi kes bunuh bayi dan bedah bayi sumbat dadah kedalam perut bayi sebelum di jahitnya semula. Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Banyak lagi taktik-tatik penyeludupan dadah di tumpaskan oleh pihak berkuasa sebelum ini. Antaranya penyeludupan dadah yang biasa di dengar adalah dengan mengunakan "ubi kayu", "ikan" yang mana ubi dan ikan tersebut di kosongkan bahagian dalam terlebih dahulu sebelum menyumbatnya dengan dadah-dadah dan di bungkus dengan baik seolah-olah tiada kesan-kesan pengubahsuaian terhadap barangan berkenaan.Penyeludupan Dadah Berbahaya (exstream)
Menurut sumber bagi taktik ini kebiasaannya di guna pakai oleh orang-orang yang berpengalaman dan juga di anggap keldai dadah antaranya seperti di bawah.Body Packed Couriers
Sindiket menggunakan taktik melekatkan dadah pada tubuh badan atau di gelar Body Packed Couriers. Dadah disimpan dengan baik dalam beg bungkusan plastik, kemudian dilekat dan dibalut di bahagian paha supaya tidak mudah dikesan. Satu lapisan bag plastik hitam digunakan untuk membalut bungkusan dadah yang dilekatkan di paha.Internal Ingestion Couriers
Sindiket menggunakan taktik memasukkan dadah ke dalam tubuh badan atau di gelar Internal Ingestion Couriers. Ketulan atau bungkusan dadah yang telah ditelan ke dalam tubuh badan dilepaskan keluar dengan bantuan ubat yang diberi kepada penjenayah. Bagi sesetengah ketualan atau bungkusan dadah yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan, maka pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan dadah yang disembunyikan di dalam badan. Dalam kes tertentu, bungkusan yang berada di dalam badan telah pecah dan menyebabkan kematian kepada pembawanya.
Sumber gambar : Taktik penyeludupan dadah
nak kaya punya pasal. main ngn taik pon xpe erkkk
ReplyDeletegeli giler!!!!! yucckkksss
ReplyDeletemmg giler. tak sanggup nk fikir pasal dadah ni
ReplyDeleteperghh telan dadah tu mmg horror.gila ahh.baik aku telan murtabak..
ReplyDelete