Latest News
Friday, July 12, 2013

Blog Tercantik Idaman Blogger

Blog Cantik Idaman Blogger | Sebagai seorang blogger semua ingin menjadikan reka bentuk atau design blog dalam bentuk yang menarik dan cantik. Benarkah blog yang cantik itu di ketegorikan sebagai blog yang terbaik? tidak kiralah apa sahaja tanggapan kita namun sebagai pemilik blog semestinya inginkan yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Blog Tercantik

Sememangnya semua blogger menginginkan ketegori ini. Ada sesetengah blogger tidak mementingkan jumlah trafik ke blog asalkan blognya kelihatan kemas, cantik serta sedap mata memandang. Blog cantik ini kebiasaannya di gubah sendiri atau mengupah blogger lain untuk kemasan blognya. Tidak kiralah berapa nilai upahnya asalkan pemilik blog berkenaan kelihatan cantik dan yang paling penting pemilik blog berkenaan berpuas hati. Di sini penulis mendapati kebanyakkan blog-blog yang cantik kebiasaannya di gubah oleh blogger wanita. Penulis amat kagum dengan kesungguhan blogger-blogger wanita yang pandai mengubah blognya sendiri ataupun blog blogger lain kerana bukan semua blogger tahu dalam selok belok dalam dunia koding ini lebih-lebih lagi dalam platform blogspot.

Tempahan Mencantikkan / Menggubah Blog

Blog yang cantik adalah menjadi idaman blogger, kebanyakkan pereka atau pengubah reka bentuk blog tidak mengenakan harga (charge) yang tinggi untuk sesebuah design blog. Ianya bergantung kepada kehendak sesorang blogger itu sendiri. Jika permintaan itu merumitkan sehingga ke peringkat sederhana kebiasaanya sekitar harga RM40 hingga RM50 sahaja. Bergantung kepada jenis-jenis seperti yang di nyatakan di dalam blog salah seorang Blog Designer ini. Blog designer yang penulis maksudkan adalah pemilik blog http://sheda-ucu.blogspot.com yang mana, nama gelaran manja blogger ini adalah Sheda Ucu

Pakej Design Blog Cantik Dan Terbaik

Antara pakej-pakej menarik yang di sediakan di Sheda-ucu.blogspot.com adalah seperti berikut;
  • Full edit blog template mengikut design - RM40 | [View Sample]
  • Full edit blog template custom mengikut design - RM50 | [View Sample]
  • Full edit blog biz or blogshop mengikut design. - RM50
Di bawah ini serba sedikit print screen blog owner;
Blog Tercantik Idaman Blogger
Contoh Header blog beliau
Blog Tercantik Idaman Blogger
Contoh blog dan header yang pernah di design

Kepuasan Memiliki Blog Cantik

Seperti yang kita sedia maklum, memiliki blog yang cantik sememangnya dapat meningkatkan semangat pemilik blog untuk terus aktif dalam menghasilkan entry-entry kerana blog yang cantik membuatkan kita tidak jemu untuk berada di blog sendiri walaupun berjam-jam. Ada juga yang berpendapat memiliki blog yang kemas dan cantik ini sedikit sebanyak dapat mengekalkan pengunjung yang sedia ada. Apa yang paling penting di dalam sesebuah blog pemilik perlu bijak menyusun atur sidebar dan widget-widget penting dalam sesebuah blog.

Contoh Ruang sidebar yang cantik selepas di edit;
Blog Tercantik Idaman Blogger
Sidebar kelihatan lebih kemas dengan
susunan Tabber widget

Keperibadian Blog Cantik

Bagi blog Personal kecantikkan dan kekemasan sesebuah blog itu boleh dikaitkan dengan keperibadian pemilik blog itu sendiri. Jadi sebagai seorang blogger kita seharusnya bijak menghiasi blog dengan kesesuaian peredaran semasa. Sebagai contoh blog bewarna pink sesuai untuk blogger wanita, jika peringkat umur yang boleh di ketegorikan sebagai blogger dewasa rasanya kurang sesuai jika blog anda bertemakan seperti kebudak-budakkan seperti contoh "hello Kitty" dan sebagainya. Apa yang penting kita seharusnya sesuaikan  design blog mengikut peringkat umur.

Kesimpulan

Berubah Untuk sesuatu yang baru adalah masa yang tepat demi mencari kelainan dalam dunia blogger. Untuk membuat atau mengubah kita perlu tahu bagaimana cara dan teknik-teknik koding dalam dunia blogging ini seperti mempelajari cara mengubah CSS atau pun HTML di dalam template. Jika tiada kepakaran atau pengetahuan baiklah kita menggunakan perkhidmatan yang di sediakan oleh pengubah blog seperti yang di nyatakan di atas. atau boleh terus [Oder Di Sini]

Selamat berblogging dan terus maju dalam apa jua yang anda lakukan.



INCOMING SEARCH TERM :

blog cantik, blog terbaik, 10 Blogger Terbaik Malaysia, Blog Tercantik Idaman Blogger, tempah blog, design blog, buat blog menjadi cantik, cara gubah blog, buat blog jadi cantik, blog terbaik tercantik
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

21 comments:

  1. Macam kenal je sheda ucu tu hebat die design kreatif

    ReplyDelete
  2. @Khairul Zamri ye dia hebat dan keras tangan... eh! kreatif dan kraftangan ekekek

    ReplyDelete
  3. @Khairul Zamri


    Wahhhh x terkata nih tenkiu so much potiaaaaaaa..pengsan jp hihihi tenkiu so much tau2... ^^ teharu sngattttt sob2

    ReplyDelete
  4. untungla kalau terer html, css. nak buat blog nampak hebat pun senang. lg lg dengan ditambah dgn jquery.

    ReplyDelete
  5. Mmg berbakat sheda ucu tu.. :D

    ReplyDelete
  6. @potia casadelarossa

    Wahhhh x terkata nih tenkiu so much potiaaaaaaa..pengsan jp hihihi tenkiu so much tau2... ^^ teharu sngattttt sob2

    Read more: http://www.silenceblogz.com/2013/07/blog-tercantik-idaman-blogger.html#ixzz2YqQJCNaf

    ReplyDelete
  7. bila la agaknyanak pandai edit blog..Kena banyak belajar ni...wah..kak sheda ucu...

    ReplyDelete
  8. Wahh,macam kenal je sheda ni,hehe

    ReplyDelete
  9. wowowo header blog baru lagi cantik,, tp lalatnya tetap ada kan huhu

    ReplyDelete
  10. kalau manusia tak cantik takpe, manis mesti ada...blog mesti cantik dan manis ada...heee.
    harganya nampak berbaloi sangat.

    ReplyDelete
  11. jelez tau ngan sheda,, sudah cantik,, kreatif pulak,, sobs,, ok,, nak belajar mengedit lak,, dalam mimpi,, wakakakaa

    ReplyDelete
  12. blog cantik dan kemas memang disukai ramai..untung blogger2 yang pandai koding2 ni..bro silenceBlogz pun ape kurangnye..:D

    ReplyDelete
  13. Tapi portia design blog Hanny pun cantik sangat...Hanny suka dan puas hati sangat-sangat. Sekarang blog Hanny lebih kemas dan lebih tersusun..ramai yang suka..thanks portia..;)

    ReplyDelete
  14. Nak jeles gak la ngan potia haha x pasal2

    ReplyDelete
  15. blog awak pun dah semakin cantik esp header tu....

    ReplyDelete
  16. suka yg kemas dah cantik..hehehe xde org baca pun xpe.. satu kepuasan..

    ReplyDelete
  17. smart templet baru potia huhuhu... suke2

    ReplyDelete
  18. wahh kak sheda laaaa... kak sheda memang hebat!

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Blog Tercantik Idaman Blogger Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa