Wednesday 4, Dec 2024
Wednesday, June 19, 2013

Unknown Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok

Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok

Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok

Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok | Artikel pada hari ini bertarikh 19 Jun 2012 mengisahkan "sanggup berlapar kerana rokok" keluaran Utusan Malaysia.

WALAUPUN umum mengetahui tabiat merokok mempunyai kesan buruk kepada kesihatan, tetapi masih ramai menjadikan rokok sebagai teman rapat mereka di kala tertekan, sedih mahupun gembira.

Di Malaysia, perokok bukan sahaja terdiri di kalangan orang dewasa tetapi sebahagian remaja yang masih di bangku bersekolah juga terjebak dalam tabiat tidak sihat ini.

Inilah juga yang berlaku ke atas Kamarul (bukan nama sebenar), 22, yang mengaku mula merokok ketika usianya baru mencecah 13 tahun dan pada asalnya hanya berniat untuk mencuba sahaja.

"Apabila kami berkumpul beramai-ramai, kawan-kawan sering merokok di hadapan saya. Mereka cuba memancing saya untuk menghisap rokok.

"Akhirnya kerana terpengaruh dan ingin cuba merasai nikmat rokok yang dikatakan sedap itu, saya mula terjebak sedikit demi sedikit.

"Ketika mula menghisap rokok, tidak timbul perasaan takut selain semakin ketagih kerana ketika itu masih budak-budak dan tidak tahu kesan bahaya merokok kepada kesihatan.

"Pada ketika itu, saya juga terikut-ikut dengan kata kawan-kawan bahawa apabila seorang lelaki merokok dia akan nampak 'macho' di hadapan budak perempuan," katanya.

Menurut Kamarul, selain terjebak dengan ajakan rakan, dia juga sering memendam perasaan setiap kali melihat bapanya sendiri merokok di hadapannya.

"Ayah seorang perokok tegar. Dia sering merokok ketika berada di rumah. Apabila dia merokok, asap rokok tersebut memenuhi ruang rumah dan menyebabkan timbul perasaan geram dan ingin marah kerana tidak tahan dengan bau tersebut.

"Tetapi perasaan itu dibiarkan terpendam begitu sahaja kerana menghormatinya dan takut untuk mengadu," katanya.

Tambahnya, tidak dinafikan kerana sering melihat ayahnya merokok dan tidak dapat menahan bau tersebut menyebabkan dia cuba menghisapnya.

Ujarnya, semakin hari jumlah rokok yang dihisap semakin bertambah sehinggalah mendorongnya menjadi perokok tegar.

"Daripada menghisap hanya sebatang rokok setiap hari pada permulaan, jumlah itu semakin bertambah kepada tiga hingga empat batang.

"Sekarang jangan cakaplah, saya boleh habiskan sekotak rokok dalam tempoh tiga hingga empat jam saja. Sehari saya habis sekurang-kurangnya dua atau tiga kotak," katanya.

Bercerita lanjut, ketika sekolah dulu dia akan menggunakan wang saku yang dibekalkan ibunya untuk membeli rokok.

"Masa tu sanggup berlapar di sekolah asalkan dapat beli rokok. Lagi pun dulu harga harga rokok murah sekotak rokok boleh dapat RM5 atau RM6 berbanding sekarang," katanya.

Menurut Kamarul, tandas dan belakang sekolah menjadi 'pot' dia dan rakan-rakannya berkumpul menghisap rokok.

"Kadang-kadang kami terpaksa bersembunyi dan ponteng kelas semata-mata untuk melepaskan ketagihan.

"Pernah beberapa kali kami terkantoi dengan guru kerana ketika asyik menghisap rokok di dalam tandas. Selepas itu kami dikenakan hukuman rotan oleh guru besar.

"Walaupun pernah dirotan, tetapi kami tidak pernah serik dan meneruskan ketagihan tersebut kerana sekali mencuba susah untuk berhenti," katanya.

Dia juga berkata, walaupun mencuba untuk menyembunyikan perbuatan tersebut daripada pengetahuan keluarga tetapi tidak berjaya dan terbongkar juga akhirnya.

"Di rumah saya juga bebas menghisap rokok selepas balik dari sekolah kerana ibu dan ayah keluar bekerja pada sebelah siang.

"Namun, ayah dapat menghidu perbuatan saya apabila menjumpai beberapa kesan puntung rokok dalam tandas dan bilik tidur.

"Selepas itu saya dimarahi dan dipukul. Kesannya, sekarang apabila ingin merokok saya cuba elakkan daripada merokok di hadapan ayah," katanya yang tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya tabiat buruk tersebut tidak membawanya kepada yang lebih teruk seperti ketagihan ganja atau dadah.

Kini, selepas bekerja dan mempunyai duit sendiri, dia mengakui tabiat merokok semakin menjadi-jadi. Dia menghabiskan antara RM300 hingga RM400 untuk membeli rokok.

Walaupun pernah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi tidak berjaya kerana rokok ibarat satu keperluan pada dirinya.

"Selalunya rokok akan dihisap apabila saya berada dalam keadaan tertekan seperti mempunyai masalah di tempat kerja dan keluarga, letih dan selepas makan.

"Sekarang saya berusaha untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari kepada kuantiti yang lebih sedikit," katanya. saya boleh! melayu boleh !


Sila ke Link di bawah untuk artikel penuh
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 


INCOMING SEARCH TERM :

artikel pada hari ini, Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok, melayu boleh, ragam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

4 comments:

  1. gua snggup berblogging demi rokok..
    xde spe nk review psl wa ke..
    ahaha

    ReplyDelete
  2. dengan merokok kesihatan akan terganggu...

    ReplyDelete
  3. yg ni susah nak komen lah !

    ReplyDelete
  4. kalau boleh takyah hisap rokoklah...

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Ragam ! Sanggup Berlapar Kerana Rokok Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa