Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 | Lunar Perigee
Fenomena SuperMoon 23 Jun 2013 |
Lunar Perigee
 |
Supermoon 23 Jun 2013 |
Fenomena Supermoon pada 23 Jun 2013 ini atau di kenali sebagai
Lunar Perigee ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan Bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.
Jarak yang dekat dengan Bumi dipanggil perigee dan jarak yang jauh dengan Bumi dipanggil apogi. Apapbila bulan berada pada kedudukan perigee, bulan akan berada lebih dekat dengan Bumi dan kesannya bulan akan nampak lebih besar dan lebih bercahaya.
Namun, saiz sebenar bulan masih sama cuma apa yang berlaku adalah kesan ilusi yang juga dikenali sebagai ilusi bulan yang akan menyaksikan bulan menjadi besar ketika menghampiri horizon.
Apa Itu SuperMoon?
Supermoon atau lebih dikenali dengan nama saitifiknya iaitu
Lunar Perigee adalah satu fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang lebih dari biasa. Bulan akan dilihat
14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah daripada hari biasa.
 |
Punca fenomena Supermoon berlaku |
Istilah supermoon pertama kali dikemukankan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979.
Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi.
Pada 23 Jun 2013 fenomena ini dijangkakan akan berlaku.
 |
Air pasang |
 |
Bulan akan kelihatan lebih besar daripada kebiasaannya |
 |
Kedudukan jarak bulan lebih hampir dengan bumi |
Pengalaman Supermoon
Bagi penggemar melihat apa yang ada di angkasa lepas macam aku memang aku takkan lepaskan peluang ini kerana Fenomena Supermoon ini atau masa aku zaman kanak-kanak dulu aku gelar supermoon ini sebagai
BULAN SAKIT kerana bulan ini akan kelihatan mengambang penuh dan ada juga yang memanggil sebagai
BULAN MERAH kerana bulan ini kelihatan bulat dan besar serta kemerah-merahan.
Insya Allah aku akan sedaya upaya
buat rakaman dan
ambil beberapa keping gambar dan akan post kan entry lanjutan mengenai perkara ini. Sama ada jelas atau tidak ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Mudah-mudahan cuaca baik malam 23 Jun 2013 nanti. Sama-sama kita doakan.
semoga berjaya merakamkan fenomena itu.. perkongsian yang baik.. :D
ReplyDeleteakan cuba sebaik mungkin untuk Aiza... eh!!!! haha
DeleteAgungnya Allah
ReplyDeletewah... dah dekat dah ni.. harap2 tak lupa nak tengok supermoon ini!!! tq taw
ReplyDeleteklw dah berjaya snap jgn lupa kongsikan dgn kiterang potia :)
ReplyDeletepukul berapa yg boleh disaksikan bulan penuh nanti ni?? baru tau pasal ni, terima kasih sbb cerita
ReplyDeletesupermoon on my birthday!!! thanks to Allah, this is a big present and a big memory for me.. :) i love the moon.. <3
ReplyDeleteIni pertama kali dengar supermoon, biasanya kita dengar dgn nama "Bulan Sakit", itu istilah ketika zaman kecik2 dulu. Asal saja boleh dibuat duit, semuanya nak direbut.
ReplyDeleteTerlewat membaca artikel bro...sampaikan tarikh akan berlaku supermoon dpt diselamatkan.
ReplyDeleteaku pg pulau perhentian time ni..harap dapat lihat anugerah Allah ni dgn cantik skali
ReplyDeleteRichard Nolle itu bukan seorang astronom (ahli ilmu astronomi) tapi seorang Astrologer, perlu diketahui Astronomi dan Astrologi itu berbeda.
ReplyDeleteDinantikan oleh warewolf ni..
ReplyDeleteDinantikan oleh warewolf ni..
ReplyDelete