Latest News
Tuesday, August 30, 2016

Buang Sampah kalau Nak Tengok Gajah

Buang Sampah kalau Nak Tengok gajah | Salam hormat bunyi pelik bukan? ye lah nak tengok gajah kena buang sampah dulu. Tapi itulah hakikatnya, dan ianya hanya berlaku di Grik sahaja. Sebenar admin suka membaca penulisan seorang penulis blog dari Utusan Malaysia ni iaitu "Mohd Hazli Hassan" (Impak Alam). Artikel paling admin gemar dan rasa cocok dengan tajuk artikel dia "Hanya di Grik. Buang sampah boleh tengok Gajah" simple tapi menarik bunyinya kan?

Buang Sampah kalau Nak Tengok Gajah
Gajah makan sampah

Ini keratan Artikel "Buang Sampah Kalau Nak Tengok Gajah" daripada beliau;

Sila lihat video ini gajah liar makan sampah. Video ini melalui Timeline saya di Facebook selepas dikongsi oleh Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Maketab Mohamed di FB beliau.


Bagi yang tidak mempunyai perasaan terhadap hidupan liar dan alam sekitar, video yang dirakam pada 22 Mei 2013 pukul 6.30 petang dan dimuat naik oleh Hew Yee Chong ini tidak akan membawa apa-apa makna.
Namun bagi mereka yang prihatin, ia satu imej yang sukar diterima akal.
Gajah menjadikan bahan buangan yang dilakukan oleh manusia sebagai tempat mereka mencari makanan. Pelik atau tidak?


Jika dulu, kita terpaksa bersembunyi di atas rumah pokok berhampiran jenut di dalam hutan untuk melihat binatang liar. Nak menunggu punyalah lama, malah ada juga masanya binatang yang ditunggu tak kunjung tiba.
Namun kini tak susah lagi, campak aja sampah. Dalam masa tak sampai 20 minit, datanglah gerombolan binatang liar.
Ini terjadi di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Puncak Banjaran Titiwangsa, Lebuhraya Grik-Jeli baru-baru ini.


Tempat ini memang menjadi tumpuan pemandu yang mahu berehat. Lebih-lebih lagi adanya tempat untuk bersolat dan makan minum.
Namun sikap tidak bertanggung jawab segelintir manusia menjadikan lokasi tersorok berdekatan kawasan itu sebagai tempat pembuangan sampah.
Mereka pilih jalan mudah untuk membuang sampah tanpa mahu membawa ke tempat pembuangan sampah di bandar terdekat.


Inilah sikap manusia yang langsung tak prihatin tentang alam sekitar.
Dahlah buang sampah di dalam hutan yang mampu menghasilkan kedatangan lalat yang bakal menyebabkan penyakit, kini hasil 'kerja-kerja' mereka tu dah mula menarik perhatian gajah-gajah liar yang sememangnya sudah kehabisan makanan di dalam hutan akibat semakin diterokai.

Banyak implikasi yang boleh terjadi kalau gajah-gajah liar ini memakan lebihan dan buangan manusia.Paling utama, binatang liar tidak boleh makan makanan manusia. Itu sudah pasti. Dan isu ini lebih memburukkan. Sampah lebihan manusia memang kotor dan berpenyakit dan mungkin boleh membunuh gajah-gajah berkenaan.


Selain itu, gajah-gajah itu akan mula memasuki kawasan penempatan manusia jika sumber makanan di 'tempat pembuangan' itu tidak mencukupi.
Ketika itu mulalah konfrontasi antara gajah dan manusia muncul semula dan seperti selalu, manusia akan menyalahkan gajah, walhal di tempat dia tinggal itu adalah habitat asal gajah-gajah berkenaan.

Dahlah populasi gajah yang ada di Semenanjung Malaysia semakin berkurangan, kejadian ini menambahkan lagi derita mereka yang berhempas pulas untuk mengekalkan kelestarian binatang liar. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya mohonlah lihat-lihat perkara ini. Jangan dibiarkan melarat.

Takanlah Datuk nak tengok Perak terkenal di seluruh dunia ekoran gajah mati makan sampah?Perhilitan dan juga Yang Dipertua Majlis Daerah Gerik, Tuan Mohd. Tahir Osman juga kena ambil bahagian. Kenakan tindakan kepada mereka yang sewenang-wenangnya membuang sampah di kawasan ini.


Dan Ahli Parlimen baru Grik, Datuk Hasbullah Osman yang memang majoriti 6,216 pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13) baru-baru ni, takan nak diam je?
Dah kena mule koreje dah ni yeop...


INCOMING SEARCH TERM :

Buang Sampah kalau Nak Tengok Gajah, gajah makan sampah, gajah di grik
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

5 comments:

  1. kat sri gombak, buang sampah kalau nak tgk babi hutan... hehe

    ReplyDelete
  2. Hai..yg nama susah nk sebut dn pjg nau nk ditulis..

    Thanks utk komen yg pjg lebar tu.

    Skrg saya nk singgah jln jln kjp..

    Byk betul blog awak ye..

    :)

    ReplyDelete
  3. buang sampah? hahaaa.. dengar cam kelakar jer kan tapi kalau pelancong yang lalu kat jalan tu, apa agaknya pandangan dorang tengok sampah sepanjang jalan... dkna kalau balk kedah-klate-kedah, memang doa banyak2 tak nak jumpa gajah.. huhuuuu

    ReplyDelete
  4. Ayat ni memang tak bleh blaa..

    "Jika dulu, kita terpaksa bersembunyi di atas rumah pokok berhampiran jenut di dalam hutan untuk melihat binatang liar. Nak menunggu punyalah lama, malah ada juga masanya binatang yang ditunggu tak kunjung tiba.
    Namun kini tak susah lagi, campak aja sampah. Dalam masa tak sampai 20 minit, datanglah gerombolan binatang liar"

    Habislah kawasan ni penuh dengan sampah nanti..gajah ingatkan makanan kot..haha

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Buang Sampah kalau Nak Tengok Gajah Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa