Latest News
Friday, January 12, 2018

Aneh ! Serangga Ini Mampu Makan Kura-Kura

Aneh ! Serangga Ini Mampu Makan Kura-Kura | Siapa kata dengan cengkerang yang keras yang terdapat pada seekor kura-kura dapat mengelakkan spesis haiwan reptilia itu terselamat daripada pemangsa?. Jika benar, maka sangkaan anda salah. Serangga ini mampu memakan kura-kura tersebut.

Aneh ! Serangga Makan Kura-Kura


Berdasarkan research yang Bloger2u buat terdapat sejenis serangga yang dapat memakan reptilia bekulit keras ini. Dalam sebuah jurnal terbaru yang diterbitkan oleh "Entomologi Science" baru-baru ini, Dr. Shin-ya Ohba memaparkan terdapat sejenis Raksasa Air yang boleh memakan kura-kura ini di Jepun. kebanyakkan mangsa ini terdiri daripada anak kura-kura kerana cengkerangnya masih lagi lembut.

Kirkaldyia deyrolli, atau serangga air raksasa, daripada keluarga Lethocerinae seringkali dilihat memakan haiwan kecil seperti katak dan ikan, Ohba juga telah menangkap gambar serangga itu sedang memakan kura-kura kecil dan ular.

Serangga ini dapat membesar hingga 15cm panjang dan gigitannya juga berbisa. Habitat serangga raksasa ini adalah di sawah padi dah di lembah-lembah berlumpur. Jika serangga ini menggigit menggigit manusia, ia boleh menyebabkan kesan seperti terbakar pada kulit dan kesan sakitnya berlarutan sehingga beberapa jam.

Tetapi janganlah anda bimbang kerana kejadian ini adalah hanya di Jepun, dan berhati-hati kerana kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya. Berhati-hatilah jika ke bendang ataupun tali air. Kerana melihatkan jenis serangga air ini memang terdapat di Malaysia iaitu anak atau larva kepada "ghiyang-ghiang" kalau tak silap.


INCOMING SEARCH TERM :

Aneh ! Serangga Makan Kura-Kura, aneh, serangga raksasa makan kura-kura
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

3 comments:

  1. sesuatu yang sgt menarik ni !

    ReplyDelete
  2. wow! memang menakjubkan ada serangga boleh makan kura kura. Nasib baik kat jepun.. maybe lambat sikit nak sampai malaysia. lama dah tak turun ke sawah

    ReplyDelete
  3. usahkan serangga, kat Eropah, Bakteria Pemakan daging lagi bahaya, berapa ribu dah manusia kena serangannya, kalau dia makan, manusia yang kena gigit, akan hilang sikit demi sedikit daging dibadannya dan macam zombie pun ada.

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Aneh ! Serangga Ini Mampu Makan Kura-Kura Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa