Thursday 12, Dec 2024
Saturday, May 18, 2013

Unknown Luna Maya - "Saya Dan Ariel Sekadar Rakan Kongsi Perniagaan"


Luna Maya - "Saya Dan Ariel Sekadar Rakan Kongsi Perniagaan"

18 Mei – Aktres sensasi Indonesia, Luna Maya menyangkal dakwaan dia telah kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya Ariel (Noah), dan memberitahu hubungan mereka hanya sekadar rakan kongsi perniagaan kasut di bawah jenama 'ARL & LM by Hardware'.
Luna Maya - "Saya Dan Ariel Sekadar Rakan Kongsi Perniagaan"

"Saya dan Ariel sekadar rakan kongsi dalam perniagaan, tidak lebih daripada itu. Kami pun tidak mengambil peduli tentang kisah lama yang pernah berlaku sebelum ini dan pada masa sama tidak kisah dengan apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Luna Maya ketika ditemui pada pelancaran filem pertama arahannya "Pintu Harmonika" di Hotel Mandarin Oriental, semalam.

Nama Luna Maya dan Ariel menjadi perhatian pada awal Jun 2010 selepas kontroversi video rakaman seks mereka berdua telah tersebar.

Menurut aktres berusia 29 tahun ini, dia kini lebih selesa dengan kehidupan solonya dan menyerahkan kepada takdir untuk menentukan siapa jodohnya.

Bercerita mengenai cubaan pertamanya dalam pengarahan filem, Luna Maya memberitahu dia telah mengarah filem tersebut bersama-sama dengan dua pengarah lain iaitu Sigi Wimala dan Ilya Sigma.
"Filem "Pintu Harmonika" adalah sebuah filem yang dipecahkan kepada tiga plot cerita dengan pengakhiran yang sama. Dibantu oleh dua pengarah membuatkan kerja saya mudah sedikit, cuma kesukaran yang dihadapi adalah ketika menjalani pasca produksi di mana ia memerlukan penelitian agar jalan cerita tidak meleret," ujarnya lagi.

Filem terbitan Malka Pictures ini dibintangi pelakon Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Jenny Chang, Barry Prima, Nasya Abigail dan Adam Putra.
"Pintu Harmonika" akan ditayangkan menerusi saluran Astro First serentak dengan tayangan di pawagam Indonesia pada 23 Mei ini.

Artikel Penuh : yahoo.com


INCOMING SEARCH TERM :

luna maya, ariel,Luna Maya Dan Ariel Sekadar Rakan Kongsi Perniagaan
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Luna Maya - "Saya Dan Ariel Sekadar Rakan Kongsi Perniagaan" Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa