Latest News
Tuesday, May 28, 2013

CARA MENGATASI BLOGLIST ERROR

Cara mengatasi bloglist error | Dah lama tak buat tutorial, kali ini kita pelajari bagaimana untuk mengatasi bloglist error. Terdahulu pernah saya buat "Cara mengatasi Blog feeds error" pada blog sendiri yang mana sistem pinging di ping tool tidak dapat membaca feeds blog anda. Sila KLIK DI SINI untuk ke tutorial berkenaan.


Berbalik kepada tajuk entry diatas apa yang di katakan Bloglist error?. Bloglist error boleh terjadi apabila link feeds atau blog feeds link atau URL blog ralat. Kebiasaan perkara ini terjadi di sebabkan link blog feeds RSS gagal atau ralat untuk mencari feeds sesebuah blog. Perkara ini kerap terjadi kepada "custom domain" selain daripada blogspot yang asal.

Di bawah ini adalah contoh bloglist yang mana feeds nya error.



CARA MENGATASI BLOGLIST ERROR


Perhatikan gambarajah diatas dengan teliti. Lihat pada kotak 1 di situ terdapat nama blog dan entry yang terbaru. manakala Gambar di kotak kedua hanya terdapat nama blognya sahaja. Dimana entry terkini blog berkenaan? ya... itu dinamakan feeds blog error.

Bagaimana Cara mengatasi blog feeds error? Ikuti langkah-langkah mudah dibawah. Semudah ABC.

CARA MENGATASI BLOGLIST ERROR


Perhatikan gambarajah di atas. Apabila kita menambah bloglist di blog kita kebiasaan kita hanya mengisi URL blog sahaja seperti CONTOH SALAH dibawah;
  • blogger2u.com
  • www.blogger2u.com
  • http://www.blogger2u.com
  • http://blogger2u.blogspot.com
Sebenarnya cara di atas kurang tepat kerana ada kalanya ia akan error atau ralat walaupun pada saat mula-mula memasukkan feeds blog berkenaan berfungsi dengan baik.

Cara yang mudah dan tepat adalah seperti di bawah;


CARA MENGATASI BLOGLIST ERROR


Sila rujuk gambar rajah di atas dan perhatikan cara mengisi bloglist dengan betul seperti dalam kotak yang bewarna merah. Ianya mudah sahaja, apa yang perlu anda buat cuma menambah seperti contoh yang tepat di bawah;
  • http://www.silenceblogz.com/feeds/posts/default
  • http://silenceblogz.blogspot.com/feeds/posts/default
Berdasarkan contoh tepat di atas apa yang perlu anda tambah hanyalah ;
.....feeds/posts/default
Maka akan kelihatan seperti ini :
http://URL-BLOG-ANDA.com/feeds/posts/default

Diharap dengan tutorial mudah ini permasalahan ini tidak berlaku lagi kepada bloglist anda terutamanya kepada pengguna custom domain DOT com atau DOT my.

Nota : Blog yang terdapat pada gambarajah hanyalah untuk tutorial sahaja. Blog berkenaan tidak error. Gambar tersebut di edit untuk mendapat gambaran yang sebenar. Sekian Terima Kasih.


INCOMING SEARCH TERM :

Cara mengatasi bloglist error, tutorial blog, tutorial, cara pasang bloglist, blog feeds
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. o.... patutla... baru akak faham... toche3... akak dah senaraikan blog potia as sifu blog akak. tq ek sifu :D

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: CARA MENGATASI BLOGLIST ERROR Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa