Latest News
Friday, September 02, 2016

Menakjubkan Belalang Juta Serang Israel

Belalang Juta Serang Israel | Berjuta-juta belalang di lapurkan telah menyerang Israel melalui sempadan Mesir sejak 02 March 2013 lalu. Berikut di sertakan beberapa gambar dan Admin klasifikasikan sebagai Serangan Belalang JUTA ke atas Israel. (entry ini di published pada Mac 2013)

BERJUTA BELALANG SERANG ISRAEL
Lelaki Israel berlari di dalam gerombolan belalang

Kerosakkan dan kemusnahan

Jika Belalang Juta ini menyerang pasti banyak kerosakkan pasti akan berlaku .Belalang juta mampu memakan anggaran tumbuhan hijau seberat jisim badan mereka setiap hari: daun, bunga, kulit kayu, batang, buah, dan benih. Hampir kesemua tanaman, dan tumbuhan bukan tanaman, berisiko, termasuk millet, padi, jagung, sorghum, tebu, barli, kapas, pokok buah, pokok kurma, sayuran, rumput ragut, akasia, pine, dan pisang.

Seorang lelaki Israel berlari melalui sekumpulan belalang yang tiba dari atas padang pasir Negev berhampiran sempadan Mesir pada 6 Mac, 2013 di Kmehin, Israel. Mesir dan Israel telah dikerumuni dengan berjuta-juta belalang sejak beberapa hari lepas menyebabkan gangguan di merata-rata tempat.

Belalang Juta
Belalang tersebut singgah hinggap di atas pokok sebagai Swarm jenis belalang tiba di Israel berhampiran sempadan Mesir pada 6 Mac, 2013 di Kmehin, Israel. Mesir dan Israel telah dikerumuni dengan berjuta-juta belalang sejak beberapa hari lalu menyebabkan gangguan meluas.

Seorang lelaki Israel sedang memerhatikan hala tuju belalang-belalang menggunakan Binakular
dan bersama tangkapan belalang di dalam akuarium.
Situasi di mana belalang ini di merata-rata tempat termasuk melintasi jalan raya
Barisan belalang Juta ini tertumpu di kawasan padang pasir
Terkini sekumpulan belalang terbang berhampiran Kmehin di Israel Negev padang pasir 5 MAC 2013 dari sempadan Mesir.

Nota : Kerugian tumbuhan dicatat dalam Injil dan Al Quran. Dalam abad lepas, serangan Belalang Juta berlaku pada 1926-1934, 1940-1948, 1949-1963, 1967-1969 dan 1986-1989. Kerugian besar tanaman disebabkan kawanan belalang juta, memberatkan masalah kekurangan makanan, dan merupakan ancaman kepada keselamatan bekalan makanan.
*Maklumat di perolehi berdasarkan "research" di Wiki, yahoo. Google. Segala yang tercatat tidak semestinya tepat. Sila buat kajian terdahulu sebelum jadikan Artikel ini sebagai rujukan.

Kredit gambar :  (Photo by Uriel Sinai/Getty Images)


INCOMING SEARCH TERM :

belalang di Israel, belalang serang Israel, serangan belalang juta
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

8 comments:

  1. ingat macm tak logik...sekali betul rupanya...banyak giler....

    ReplyDelete
  2. tiada apa yang meghalang kuasa Allah

    ReplyDelete
  3. typo friday dikesang...padang pasing :p

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah... Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa...sesuatu keajaiban boleh berlaku atas keizinanNya....

    ReplyDelete
  5. Maha Suci Allah.. berkuasa atas segala sesuatu.

    ReplyDelete
  6. masyaAllah.. dunia nak kiamat da.. ermm

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Menakjubkan Belalang Juta Serang Israel Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa