Latest News
Sunday, February 17, 2013

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi | Video ini menerangkan bagaimana Fenomena Aurora terjadi. Anda mungkin pernah mendengar perkataan Aurora bukan? namun tak ramai yang tahu apa itu Aurora. Berdasarkan research yang di buat definasi Aurora yang paling tepat adalah, Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kebiasaan fenomena ini berlaku pada Mac dan April serta September dan Oktober. Setiap Aurora ini di sifatkan tidak serupa iaitu di lihat dalam bentuk tidak sekata dan berubah-rubah dari setiap kejadian fenomena ini.

Antara gambar-gambar Aurora yang di ambil dari google images
Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi

Ini Pula Penerangan Wiki Mengenai Fenomena Aurora
Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol-garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm.

Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.
Aurora juga dapat diperhatikan dalam cahaya ultraungu (cahaya UV), satu cara yang bagus untuk melihat dari angkasa (tapi tidak dari bumi--atmosfera menyerap cahaya UV).
Kapal angkasa Polar malah memerhatikannya dalam X-ray. Imej yang diperolehi amat kasar, namun kerpasan elektron bertenaga tinggi dapat dikenal pasti.

Saksikan Video Bagaimana Fenomena AURORA ini terjadi

Sumber video ; space.com


INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

6 comments:

  1. cool... kat msia ni boleh jd ke?? ekekekeke

    ReplyDelete
  2. pernah baca kisah photographer yang sentiasa on kan camera dia untuk capture fenomena aurora nih. memang sangat cantik. mcm mana agaknya kalau dapat tengok live kan? :|

    ReplyDelete
  3. bila nak dapat tengok macam nie kat malaysia? lawa sungguh kot.. SubhanaAllah ciptaan Allah :)

    ReplyDelete
  4. cantik aurora ni..dlu ct kenal aurora ni dr lagu je..hehehe

    ReplyDelete
  5. Subhanallah, cantiknya ciptaan tuhan..

    ReplyDelete
  6. fenomena aurora sgt cantik. tenang je pemandangan.

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Video Bagaimana Fenomena AURORA Terjadi Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa