Thursday 10, Apr 2025
Latest News
Monday, January 07, 2013

Unknown SEMANGAT NAK KOMEN TIBA-TIBA HILANG KERANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera sekalian bloggers. Santai petang-petang ni sebelum mengadap jammed sempena hari Isnin aku nak shared sikit lah. Masuk tahun baru 2013 ni aku berazam nak blogwalking, follow sana sini, join kontest macam kontest ni CABARAN SEO BLOG 3 DALAM 1 HAPPY NEW YEAR 2013 , sambil-sambil blogwalking insyaAllah aku akan tinggalkan komen kat blog-blog yang aku singgah.

Tiba-tiba dah panjang lebar aku komen, siap luah perasaan, dan sedikit tangisan tanda simpati... tiba-tiba !!!!!!!!!!!.. JENG !!! JENG !!! JENG !!!.
Ni komen sikit jek | Contoh verified code keluar bila nak komen.
Nampak tak apa benda kat atas tu? malas nak cakap. Semua blogger dah tau apa benda kan? Yang menjadi permasalahannya dah EMPAT BELAS RATUS KALI aku isi verification word tu asyik salah jek.. padanlah blog-blog yang aku singgah yang ada menatang ni kurang mendapat tempat di hati pengomen-pengomen tegar macam aku ni.

Oleh yang demikian setelah aku asyik salah jek, al-maklumlah mata rabun-rabun ayam... eh! ayam rabun ke? So dengan hati yang terluka aku berlaku dari blog itu sambil tekan butang ni  .

So secara kesimpulannya kalau kita bukan retis yang selalu menjadi sasaran maki hamun peminat aku rasa tak perlulah nak guna benda alah tu. Menjengkelkan sungguh. Hilang semangat nak Komen dan nak blogwalking.

Lagi satu, pernah jumpa situasi ni? tipu kalau tak pernah jumpa. Tau ke situasi yang aku maksudkan? korang tengoklah sendiri malas nak cerita.
Kat mana aku nak tuju ni? nak balas kunjungan pun susah. Tak ada link ke blog.
Pada yang tak ada link ni mohon guna je profile Google plus kalau tak tau nak setting guna blogger profile SILA RUJUK SINI.
Ni contoh Profile blog yang terbaik. Profile siap dengan link blog.
Ok, nampak tak contoh profile yang baik di atas (tengok anak panah menunjukkan owner blog meletakkan link blog beliau dengan kemas). Tak ada kekeliruan pun bila nak follow blog beliau. Kan mudah kalau macam ni. blog owner ni bukan sahaja cantik malah kemas dan teratur je. Nak singgah? ni link blog beliau http://sweethoneyzz.blogspot.com.

Anyway, itu hak anda.. blog anda cara anda... keep it up.. aku sekadar berkongsi apa yang aku rasa. Kalau ada yang terasa aku mintak maaf.


INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

25 comments:

  1. Saya bukan ROBOT okey! grr..spoil btol la blog yg ade menatang neh..adess..

    "weyh,ko xreti beza ke manusia ngn ROBOT? kalo xkenai mohon p skolah blik.." hikhik..ape daa.. tu pn xreti beza..

    nama pn blogger yg komen mst la manusia kn abg amy..hehe ^^

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha sabau jer la potia ni.. siap ada nagis nagis lagi tu bertabah jew PPP baca ha ha ha...

    Tapi siyes itu la yang membuatkan kita hilang mood nak komen sbb mohon sesiapa yang komen dia kena buat mcm kat atas tu dulu baru boleh publish... buang jer menda tu.. harap maklong :P

    ReplyDelete
  3. mungkin tuan blog tak perasan ada benda tu...word verification tu mmg menguji kesabaran org yang nak tinggalkan komen...nak tekan butang zoom takde plak disediakan...

    ReplyDelete
  4. hehe, captcha ni kadang2 menyusahkan, lebih baik tak yah letak,( tak takut spam) hehe,

    ReplyDelete
  5. amboii....hehe.lily xksh pon awk nak gna profile lily. btw, thanx...^_^

    ReplyDelete
  6. rasa nak sengkeh obefiend sebab dia enable word verification kat blog serius,, huh,,

    ReplyDelete
  7. my blog ok kot...
    tak caya..mai lah singgah

    ReplyDelete
  8. haha hana klu jmpa komen cmni.. selagi perkataan tu x jelas selagi tu hana refresh.kalau hana taip salah terus (x).hehe

    ReplyDelete
  9. hahahaha, empat belas ratus kali =))

    ReplyDelete
  10. Yup2.. xsuka isi verification tu.. huhu.. btw, roti tu sedap bg MD la. Tak tahu lidah orang lain. =)

    ReplyDelete
  11. mmg kesian kan kalau da taip panjang lebar, skali xleh publish.. penah jgk merasakan yg sama, bila nk follow balik, takde link.. huhu..

    ReplyDelete
  12. Saya setuju sgt dgn pendapat POTIA...mereka MENDERA PERASAAN KITA,

    Satu lagi yg bengang ialah kita diPAKSA LIKE fan FB Blog dia, tu yang paling saya anti...biarlah org LIKE kerana REDHA, buat apa nak CINTA TERPAKSA?

    Sorylah kalau ada yg terasa.

    ReplyDelete
  13. salam....haha....gua sbnar nye lagi pening....nak follow ang pon, jenuh gua cari butang follow.... biase ar... blogger BARU....

    #salam berkenalan, sori lambat follow ang, ad problem x dpat dielakkan 2,3 ari ni...hoho
    sila beri tunjuk ajar

    ReplyDelete
  14. Mata sy rabun. Kalau bab2 kena isi word yg sambung tu confirm 2,3x baru dpt jd dgn btl... Sabar jelah. Dlu masa sy baru masuk sekolah pun sy xtau jgk. La ni baru la okey :)

    ReplyDelete
  15. Ada juga bermasalah ketika hendak tinggal komen.

    ReplyDelete
  16. hahaha kalu ade verification camtu ak trus xkomen :p

    ReplyDelete
  17. @afmf pm nak follow tekan butang foolw je lah..apa yg pening tu.. at sidebar kanan tu kan ada follower kan?

    ReplyDelete
  18. betul betul betul..hee tiba2 je kan..xdelaa btul laa apa yg bro ckpkan tu, bila kita smgt nk taip n buat komen pnjng lak tu then tiba2 ada nate tu..punah3 harapan..haha

    ReplyDelete
  19. Itulah antara cabaran buat blogwalking. Bab verification word tu memang sangat buat hati panas.

    ReplyDelete
  20. gigih betul isi sampai empat belas ratus kali... kihkihkih...

    ReplyDelete
  21. betul2..kadang2 ct ilang mood bila ada verification ni tp kbyakkan blogger bru yg mcm tu...harap2 dorg dpt bce kt cni :)

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: SEMANGAT NAK KOMEN TIBA-TIBA HILANG KERANA Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa