Latest News
Monday, November 05, 2012

PENGANTIN KECIL BERUSIA 10 TAHUN TUNTUT CERAI

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Neejod Ali, terpaksa bersembunyi di luar sebuah mahkamah di Yaman sebelum berjaya mendapatkan permohonan perceraian daripada suaminya berusia 30 tahun.

Neejod yang muncul dalam satu rancangan bual bicara stesen televisyen Lubnan, berkata dia dipaksa berkahwin oleh keluarganya 10 bulan lalu, ketika berusia sembilan tahun.
“Bapa memaksa saya berkahwin dengan lelaki itu,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Neejod berkata dia tidak pernah melihat suaminya hinggalah pada hari perkahwinan mereka dan ketika itu dia benar-bnar berasa sangat takut.
“Saya cuba melarikan diri daripada suami saya pada malam perkahwinan. “Tetapi keluarganya memukul saya dan memaksa saya membuat kerja rumah,” katanya

Neejod berkata salah seorang ibu saudaranya, dan seorang pemandu teksi turut membantu dia pergi ke mahkamah untuk menuntut cerai daripada suaminya.
“Ketika sampai di mahkamah saya terasa begitu takut dan bersembunyi di bangunan mahkamah dan menunggu hingga ia ditutup.

“Ketika hakim hendak pulang ke rumah dia melihat saya menunggu di luar.

Saya memberitahu hakim itu masalah saya dan beliau sangat bersimpati,” katanya.
Berikutan itu, hakim terbabit kemudiannya membawa Neejod ke rumahnya dan dia tinggal di situ selama tiga hari.

“Beliau akhirnya membawa saya ke mahkamah serta meluluskan permohonan tuntutan cerai saya,” katanya. – Agensi

Sumber : MummyNemo - Sila ke blog ini untuk berita lanjut.


INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

11 comments:

  1. kecik2 dah kena kawen paksa,,,

    ReplyDelete
  2. tuntut je cerai kalau camtu. alahai kecik lagi dh kena paksa kawin. pastu kena wat keje rumah plk tu. kesian sungguh!
    abang nanti jgn wat camtu ye :p

    ReplyDelete
  3. Kesiannya...
    Wilma tak setuju penindasan seperti ini...

    ReplyDelete
  4. hum...kesian budak tu...dah la kecik lagi tak tahu apa2....x ada hati perut kah?

    ReplyDelete
  5. Budak sepuluh tahun... hurm.. apa lah yg dia reti... =..=

    ReplyDelete
  6. dah lah kena kawen paksa.. layanan belah mertua pun teruk.. alahai sian budak tu..

    ReplyDelete
  7. seronok la mat salleh lepas ni nak hentam org islam....aduh..

    PS: Bro Potia...thank you bro siap ada buat feed slider lg utk blog "Aku rasa"....hihi :)

    PPS: silenceblogz pon berubah wajah lah...

    ReplyDelete
  8. diaorg igt kawen tu mcm main kawen2 kat pondok tu kot...ish2

    ReplyDelete
  9. kesian dia dipaksa gitu...kecik2 dh hidup terseksa...huhuhu

    ReplyDelete
  10. 9 tahun bagi kawen.. nak lepas tanggungjawab ke hapa. bapak apa la kan tak ada rasa simpati kat anak kecik macam tu

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: PENGANTIN KECIL BERUSIA 10 TAHUN TUNTUT CERAI Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa