KUALA TERENGGANU- Seorang penganggur mengambil jalan mudah menjadi ‘pemborong’ tanpa mengeluarkan sebarang modal dengan mencuri barangan runcit di sebuah kedai runcit di kampungnya sebelum menjual semula dengan harga ‘borong’ iaitu tiga barang hanya RM10 kepada warga Indonesia di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, perbuatan tidak pernah serik tertuduh, Mohd Azri Hafiz Aziz, 28, dari kawasan perpindahan Chendering, di sini, yang sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan mencuri sebelum ini menerima pembalasan selepas dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohd Azri Hafiz mengaku mencuri tiga botol syampu dan tiga kotak ubat gigi milik kedai runcit Rohani Ahmad di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam. |
Tidak cukup dengan itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi turut memutuskan agar dia dikenakan tamba-han penjara dua minggu lagi sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan.
Semua hukuman itu diputuskan selepas Mohd Azri Hafiz mengaku bersalah mencuri tiga botol syampu jenama Pantene; dua kotak ubat gigi Fresh & White dan sekotak ubat gigi jenama Darlie di sebuah kedai runcit milik Rohani Ahmad, 39, di Jalan Sekolah Kebangsaan Chendering, di sini.
Mohd Azri Hafiz mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan itu pada 14 Oktober lalu lebih kurang jam 11.02 pagi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superitendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, ketika hari kejadian, Mohd Azri Hafiz yang dikenal sebagai Hafiz oleh mangsa telah datang ke kedai runcit milik mangsa bersama seorang lagi lelaki sebayanya dipercayai rakannya.
Hafiz yang turut mengenali mangsa berlagak selamba dan sempat bersembang dengan mangsa sebelum keluar dari kedai runcit itu bersama barang dicuri yang bernilai keseluruhan RM46.70.
Mangsa sebelum itu langsung tidak menyedari perbuatan Hafiz, bagaimanapun terkejut selepas terlihat Hafiz sedang memasukkan barangan berkenaan di dalam seluar dan baju dipakainya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang.
Yakin Hafiz telah melakukan perbuatan terkutuk itu, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Chendering dan susulan laporan dibuat, pada 17 Oktober lalu, lebih kurang jam 12.50 tengah hari, dia ditahan di kediaman keluarga angkatnya di kawasan perpindahan Chendering iaitu di tepi pantai Chendering, di sini.
Sumber - harian-metro-online.com
kan dah kena penjara...
ReplyDeletealang-alang dah selalu mencuri tu.. curi le barang2 yg mahal sikit =..= sia-sia jer kena penjara sbb curi barang2 runcit... :P
ReplyDeletepart yg x serik2 tu susah nak komen ler !
ReplyDeletefree2 je kne penjara.. ish ish
ReplyDeletekerana syampu badan binasa.. T_T
ReplyDeleteHabit.. Dh xleh wtpe. Tu la pasal. Sbb brg 30ringgit punya pasal.. Alahai.
ReplyDeletehuu tu la. kan dah kena. nasib baik penjara je. klu kena potong tgn baru tau
ReplyDeletehaish..macam2..
ReplyDeleteKenapalah tak berniaga secara halal!
ReplyDeletehurmm..oh malaysiaku!
ReplyDeleteceyt.tak berbaloi masuk lokap smata2 mencuri barangan less than rm100...sigh =.=' siap buat lg tu..hurmm
ReplyDelete