kura-kura gergasi Gulapagos |
Lonesome George dipercayai sub spesies terakhir kura-kura gergasi Pulau Pinta dan menjadi duta kepulauan di Equador itu berikutan keunikannya.
“Saintis cuba menyediakan pasangan untuk Lonesome George sejak ia ditemui mati pada 1972 tetapi gagal untuk membiakkannya.
Haiwan itu tinggal di pusat pembiakan kura-kura di pulau Santa Cruz dan ditemui penjaganya sejak sekian lama Fausto Llerena,” kata jurucakap taman itu dalam satu kenyataan. Beliau berkata pihaknya akan menyiasat punca kematiannya.
Dua kura-kura betina dari kawasan Wolf Volcano, spesies paling hampir dengan kura-kura gergasi Pinta, sebelum itu dibawa untuk mengawan dengan Lone
some George, malangnya telur dihasilkan tidak subur.
Populasi kura-kura gergasi Galapagos berkurangan selepas ketibaan manusia di situ, tetapi satu program pemuliharaan yang dijalankan taman itu berjaya meningkatkan jumlah haiwan itu daripada 3,000 ekor kepada 20,000 ekor sekarang. – AP
Nota: Sumber gambar daripada google.com
sumber : Berita Harian
ni kalau kena kokak nih mau kudung..kah kah kah!
ReplyDeletebukan kat mesia ada jumpa satu ke dua tiga hari lepas?
ReplyDeletebesar besar
ReplyDelete@sare aredNAMA pon kura2 gegasi mmg besor lew mekekkekke
ReplyDelete