Thursday 24, Apr 2025
Saturday, May 26, 2012

Unknown Hati Aku Tersentuh lagi..



Assalamualaikum..
Mungkin ada yang tersentak baca tajuk entry aku kali ni kan... (ada ke?)..
kalau tak de pon aku tak peduli... aku nak gak buat entry ni... munkin entry ni entry yg bermakna buat aku... bagi aku apa yg bakal aku ceritakan ni dah lama dah terbuku nak luah kan... hmmm... so mcmni lah.. kisah ni bukan rekaan tapi benar punya cerita... cerita dia pendek jek..tapi cukup menyentuh perasaan aku...
kali ni mood aku sedih sangat..



Sebelum tu, untuk tambahkan feel korang baca entry ni korang play la video kat bawah dulu yek. please!!! please!!!..




Pada satu petang Ahad yang lepas aku dok umah jek.. tiba rasa boring..kebetulan pulak terpikir nak gi shopping... hmmm... tak sesuai kot perkataan shopping... nak gi beli kasut.. dah lama aku nak gi beli kasut tu,cuma masa je tak ada.. so aku pergilah satu tempat shopping ni dekat area pasaraya Giant Cheras..  besar jugak tempat ni.. banyak pilihan kasut kelas Murah-murah kat sana.. kasut biasa-biasa jek..untuk pakai harian..

Masa aku dok pusing-pusing kat dalam tu aku berselisih dengan seorang wanita yang lebih kurang lingkungan 34-38 tahun agaknya.. masa berselisih tu aku dari rak-rak jualan lain.. masa nak ke rak sebelah aku seolah-olah mcm nak terlanggar dengan beliau.. masa tu aku aku cuma tersenyum dan dia pon tak lokek untuk membalas senyuman kat aku..

Sambil menolak "stroller" (baby punya keter sorong..) dia terus berlalu dari kawasan aku.. lebih kurang 10minit lepas tu aku terdengar satu perbualan dari arah sebelah rak-rak kasut yang mana aku pasti ianya datang dari arah tempat jualan pakaian kanak-kanak sebelah rak-rak kasut dimana tempat aku berdiri memilih kasut...

Aku cuba jengok.. owh... akak tadi dengan anaknya... dalam hati aku "dah boleh bercakap budak tu".. owh dah besar upenya.. mungkin dalam lingkungan 3-5 tahun kot (lelaki)..
Sekadar gambar hiasan

Anak kecil : "mama.. mama.."
Mama : "yer sayang..."
Anak kecil : "mama kat mana?"
Mama : "kejap yer sayang..mama nak pilih baju untuk adik ni.."

Anak kakak tu tak habis-habis panggil mama dia...

Anak kecil : "Mama..."
Mama : "yer sayang.."
Anak kecil : "mama... boleh adik nak pegang mama...?"

Anak kakak ni tak nak berpisah jauh dari mamanya agaknya kata hati aku...


Anak kecil : " mama.. mama.."
Mama : "Kejap la sayang... mama nak cari baju adik ni"
Anak kecil : "mama... boleh tak adik nak pegang mama.."
(sambil tangannya di angkat dan menggapai sesuatu..)

Hati aku mula tertanya-tanya kenapa anak akak tu macam tu....

bila aku tengok (dari jarak yang tak berapa jauh la..) Ya  Allah... dalam keadaan kesian sangat-sangat.. anak kecil ni rupanya seorang yang tidak dapat melihat rupanya.. dan kat situ jugalah aku mula sebak melihat gelagat anak kecil ni menggapai tangannya mencari mamanya yg tidak jauh dari "stroller" tu..

Hati aku mula berkata: "tabah sungguh seorg ibu dengan keadaan anaknya yg sebegitu rupa.. kedua-dua mata anaknya buta.."
Nak je aku dekati anak kecil tu..tapi aku takut pulak takut mama dia syak lain-lain plak..

Ni last perbualan yg betul-betul buat aku bergenang air mata...

Anak kecil : "Mama... mama..."
Mama : "Ye sayang mama ada dekat adik ni"

anak akak tu mencapai baju mamanya..dan bertanyakan pada mamanya...

Anak kecil : "mama..mama..."
Mama : "ye sayang..."
Anak kecil : "mama... kenapa adik tak boleh melihat?"

Akak tadi tu tak menjawab.. memandangkan akak tu perasan aku ada kat situ..aku pun berlalu dari situ dan sempat aku tengok wajah akak tu... aku dapat rasakan dia dalam keadaan sedih dan mungkin di sedang menangis... cuma Allah saja yg tahu...

Sampai hari ni aku masih teringat wajah anak kecil tu dengan akak tu... setiap kali aku lalu kat depan Giant tu..aku teringat... dan mulalah aku jadi sedih...

Harapan aku...jika hayat aku tak panjang.. moga Allah pertemukanlah aku dengan anak ini dan aku sebagai penderma organ kepada anak ni supaya dia dapat melihat seperti anda yg sedang membaca artikel ni..

Takat ni je lah dulu...sebak dah sikit..

Nota: semua ayat-ayat perbualan di atas adalah benar..cuma aku olah sedikit agar menjadi perbualan yg menarik antara mama dan anaknya.. terima kasih kerana sudi baca entry ni..



INCOMING SEARCH TERM :

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

15 comments:

  1. siket lagi aku nak menangis. perghh. memang sedihh. lau kau karang panjang siket je lagi, siket je lagi. sah banjir dah rumah aku sbb aku nangis.

    okbai.

    bagi balik kaki aku. cepatt =.=.

    ReplyDelete
  2. tu la... malas nak karang panjang2 sgt...

    ReplyDelete
  3. Mmg sedih giler.. d tmbh2 lg dgr lagu tuh..
    Sies, kita yg sempurna harus brsyukur atas apa yg kita ada, tak semua manusia memiliki keadaan fizikal yg sempurna..

    ReplyDelete
  4. lau Lala kat situ, dah lama nangis.
    ni pun dah berair mata :'(

    ReplyDelete
  5. Tacing laa cter lu, potia. Tsk tsk T__T

    ReplyDelete
  6. semoga di berikan kekuatan untuk mereka.. Dia tidak buta di mata, tapi tdk buta dihati..=)

    ReplyDelete
  7. tabah kan seorng wanita..

    er knp potia ckp mcm tu?yg nak derma2 tu...

    ReplyDelete
  8. biarlah Cik teddy... hati dah kata mcmtu... rasa kesian sgt2 ...klu di izinkan biarlah potia dermakan pada dia... klu hayat potia tak panjang biarlah potia dermakan pada dia...

    ReplyDelete
  9. menitik air mata..
    background lagu mmneri kesan terlebih :(

    ReplyDelete
  10. Tu la pasal.. P0tia yg ada kat situ pun sedih sgt.. Ni baru cerita smula.. Klu ada kat dpn2 x tau la..
    P/s:masih tringat lg pristiwa ni..

    ReplyDelete
  11. pandai ang buat cerita menentuh jiwa..guwa baru masuk blog ang..cis tergamak ang kata guwa perempuan..:P

    ReplyDelete
  12. t'sentuh hati baca entri ni..lg t'sentuh bila baca niat mulia awk nk jadi penderma mata kpd anak kecil tu..

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: Hati Aku Tersentuh lagi.. Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa