Latest News
Sunday, September 09, 2012

SUATU MASA - Review secara pukal

Tatkala senja itu melabuhkan tirainya suatu masa aku masih di situ.. dan mungkin aku tetap di situ.. berjalan perlahan  ambil berkata indahnya ciptaan ilahi.. aku masih lagi mencari jawapan jalan dan hala tuju sebuah kehidupan yang pasti..

Di rumah pula seperti kebiasaannya menunaikan apa yang perlu sebagai tuntutan Ilahi.. kebiasaannya
aku tak kemana-mana bilamana malam menjelma.. aku  banyak menghabiskan masa dengan melukis di dalam kamarku..

"Amy... Amy..(Amy tu Potia la.. mesti jadi hero..) ko tak nak makan ke? nasi dah siap.. terpeleot terperok je engko ni dalam bilik..cepatlah adik-adik  dah tunggu nak dah ni.."

"Baiklah mak! (jawab aku dgn skema sekali) kejap ye mak sikit lagi.." jawap aku..

"Mak.. esok Amy rasa nak pakai duit sikit la.. nak bayar duit kelab.." duit yang ada ni tak cukup lah mak.."
Mak aku cuma terdiam je.. aku tahu mak tak lokek dalam hal anak-anak untuk belajar..

Di kolej seperti biasa sebelum ada kelas aku duduk-duduk di cafe dengan beg sandang kebiasaan aku
bawa tu lah..

Eh ! Boni (Boni Kacak).. engkau nampak Syahir (MkSyahir)? (tanya aku yang mana Boni secara kebetulan duduk di meja yang tidak jauh dari tempat ku..)
Boni kacak ; "hmm.. tak pulak aku nampak hari ni.. eh! bukan ke dia selalu datang dengan ko.."
Aku ; " pasal aku tak datang dengan dialah aku tanya ni.. hehehe.." eh ! mana awek ko?..
Boni Kacak ; "Dia gi perpustakaan cari bahan untuk Projek dia.. malas aku nak follow..eh! aku
caw dulu..sakit perut.."

Aku cuma tersenyum dan Boni terus berlalu...

Dalam pada aku tengah membelek-belek buku yang aku pegang aku di sapa oleh suara yg lemak manis lemak berkrim di sukai ramai..

Hai Amy... sorang je? Mana Syahir..??

Opocot!! ekekeke.. terkejut aku.. Kau Pira (Zafira Othman) ingat sape tadi..

Aku ; Tak tahulah aku.. mana Syahir ni.. dah lama gak aku tunggu tak ada pulak dia muncul-muncul..

Pira ; Ko tunggu Syahir ke tunggu Ehem..ehem...

Aku ; Ehem.. ehem tu Kambing ke arnab?

Aku bertanya kepada Pira sambil sulami dengan gurauan...sementara menanti masa untuk ke kelas.. kami berbual aku cuma minum teh tarik je.. tapi Pira macam biasalah.. tak leh berpisah dengan kacip fatimah dia tu.. kadang-kadang heran jugak aku.. ye lah.. dia kata kacip fatimah tu boleh kuruskan badan..

Aku cuba untuk bertanyakan sesuatu kepada Pira.. belum sempat aku tanya dia mencelah...

Pira ; hmm.. aku lupa.. budak yg ko suruh kirim salam semalam dia kirim salam...

Aku cuma tersenyum sambil berkata ye  lah tu...

Aku ; ko kirim salam betul-betul ke? ahahahhaha.. aku gurau je semalam...
Pira ; Ko ni ye..ye.. jek.. ke ko syok kat dia? hahaha baik ko cakap..ko suka Baby (babyaimacomel) ye?

Aku ; Alah ko ni aku gurau jek..tak terlintas pun.. lain lah dia.. ramai peminat..cantik pulak tu..
aku ni dah lah tak ensem..pakai kapcai buruk je..sape nak pandang..dia anak orang kaya la..

Pira ; Aiks!!! merendah diri lain macam je ni?? macam tacing je bunyinya...ke ko syok dia erk??

Aku ; Tak lah.. tak ad niat pun..saja je menyakat.. tapi ko pon apa kurangnya.. comel, badan pon langsing, tulang temulang jelas kelihatan... ekekekek...

Pira ; Aku hempok kang dengan tin kacip fatimah ni kang..

Aku ; Ah ! ko ni.. dah tak leh begurau dah ke? ke datang bulan? ekeke...

Setelah tamat sesi hari ni seperti kebiasaannya aku singgah dulu di cafe.. ye lah cafe dengan
parking motor tak jauh.. sedang aku minum-minum Baby melintas sambil melemparkan senyuman..
aku pun mengangkat cawan teh tarik sebagai isyarat pelawaan minum kepadanya..

Baby ; terima kasih.. lain kali lah..saya nak cepat ni..

Aku ; awak dah nak balik dah ke?

Baby ; a'ah.. ok saya balik dulu..

Baby berlalu dari cafe dan menuju ke pintu pagar kolej..aku cuma tersenyum tanda ucapan "Ok bye"

Aku ; Kak Zaimah (PariPariputih) ooo.. kak Zaimah.. kira ni.. teh tarik pastu kueh sebijik semalam lupa bayar..hehe..(ingat tak nak bayar kang haram pulak...)

Kak Imah ; Singgit  5 kupang!!.. cepat pulak ko nak balik hari ni..

Aku ; ada hal sikit la kak..

Kebiasaannya aku lepak kat cafe tu berjam-jam.. yer lah Wifi free.. aku bergegas ke parking motor
dengan harapan boleh aku tumpangkan dia kejap lagi..

aku pun berlalu dan berhenti  di pintu pagar yang mana perhentian bas ada di situ.. aku lihat
Baby masih di situ.. detik hati ku mungkin lambat kot driver ayah dia datang..

Aku ; Baby kalau sudi saya boleh hantarkan awak.. tu pun kalau awak sudi..

Baby cuma tersenyum tanpa berkata apa-apa.. antara segan dan malu aku juga tersenyum menanti
apakah perlawaan aku di terima..

Tiba-tiba berhenti sebuah kereta spot merah.. owh.. si Korn (Arjuna Pop KoRn-student senior) rupanya..
Korn ; Baby jom wayang dah nak start dah ni jap lagi..

Ferrari KorN - ehsan google
Baby pon terus masuk ke dalam kereta yang pintunya di buka oleh Korn.. semasa Korn menutup
pintu keretanya untuk Baby sempat Korn menoleh kepadaku dengan tersenyum sinis.. aku cuma mengangkat tangan sahaja..

Dalam hati aku "mungkin orang kaya perangai dia macamni kot.." aku pon beredar dari situ dengan hati yang agak dan seolah-olah kecewa...

Di rumah aku menyambung lukisan yang aku lukis tak siap-siap tu.. ada ketikanya aku cuma termenung sendirian..

Sebetulnya aku mengenali Baby sudah lama.. dari zaman sekolah menengah lagi.. kami bagai tak dapat dipisahkan Aku bahgia mengenali seorang insan sepertinya.. tetapi sejak dia mengenali Korn segalanya berubah..aku tak lagi di layan seperti dulu lagi.. kalau dulu akulah tempat dia mengadu.. manangis suka duka kami kongsikan bersama...

hurmmm... anak sungai kan berubah ini pula hati orang.. kadangkala aku agak terkilan kerana aku seolah-olah kegembiraan aku di ragut masa.. bagaikan pelangi petang yang indah.. tapi yang pastinya kau pergi jua...

Patutlah si Pira bagai merahsiakan sesuatu daripada aku..rupanya dia lebih mengetahui daripada aku..
Keesokannya di cafe..

Kak Imah ;Tak payahlah ko tunggu apa yang tak pasti Amy..

Aku ; eh!! Kak Imah.. tunggu apa ni?

Kak imah ; tak payah lah ko buat-buat tanya kat akak.. semua gelagat pelajar kat sini akak dapat baca..
lagi-lagi ko yang hari-hari ada kat sini.. akak tahu apa yang ada kat dalam hati ko tu..

Aku ; Eh! mana ada..saya biasa je.. macamni lah saya tiap-tiap hari pun..

Kak Imah ; Tak payah lah nak tipu diri sendiri..tak elok..ko kat sini hari-hari sebab nak tunggu dia kan??
walaupon tak tegur dia ko tengok dia pon dah cukup kan?.. jangan nak tipu akak la..

Aku ; hehehe.. tahlah kak.. saya mengaku apa yang akak cakapkan tu ada betulnya.. orang dah berubah kak..

Kak imah ; haa.. kan akak dah cakap.. akak tau ni pun Syahir kawan baik ko tu yang bagitau sikit-sikit kat akak.. akak bukan apa..akak dah anggap ko tu macam adik akak sendiri.. akak kesian tiap-tiap hari ko tunggu dia kat sini..

Aku ; terima kasih kak kerana memahami..sebenarnya kami dah kenal lama.. dari kecik sampai sekolh menengah kami tak pernah berpisah.. tapi bila kat sini dia dah makin jauh dari dari saya..baru semalam saya tau kenapa dia jadi macamtu..
saya tak taruh harapan tinggi kak..saya masih berpijak di bumi yang nyata.. saya kenal siapa saya.. saya bukannya datang dari keluarga yang senang.. tak macam keluarga dia.. pipit takkan terbang dengan enggang..

Kak imah ; akak paham apa yang kau maksudkan..

Masa aku khusyok bebual dengan Kak imah.. "Assalamualaikum....."

Kami : Waalaikumussalam..

Aku ; Eh! Aida (Aida Omar)..Jannah (Razanah Anis) pun ada.. lama tak nampak.. busy sangat ke? (sementara itu kak imah bangun dan masuk ke dapur sambil mengangkat cawan-cawan di meja sebelah)

Aida : Amy.. awak tak pergi melawat Syahir ke??

Aku ; Melawat Syahir?? melawat apa ni Aida ............???
(pertanyaan aku seolah-olah terkejut dengan soalan Aida itu..)

Jannah ; Tadi si Zul (Zul De Alexis) call dia cakap.....


Bersambung..

*Apakah? terjadi pada Syahir? ikuti episop akan datang di pawagan pulak... ekeke...
Nota : Cerita, nama dan watak adalah rekaan semata-mata.. maafkan aku kalau ada yang terasa terkilan, marah dan gembira dengan cerpen ini..cerita ini juga tidak ada kena mengena dengan aku.. ini cuma PROMOT BLOG semata-mata..jika perlu aku akan menyambung cerpen ni dengan jalan cerita yang sama dengan menambah watak-watak lain sebagai PROMOT blog-blog yang lain pulak.. tengok mood lah..



INCOMING SEARCH TERM :

suatu masa, review blog versi cerpen, review blog secara pukal
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

29 comments:

  1. best jalan cerita ini :) moga sambungan yang lebih dramatik yea :)

    ReplyDelete
  2. err..suspen pulak.. Syahir kemalangan kah?? ptg feel btol la abg neh..adoiss..hikhiks.. :p

    best cite neh..tga khusyuk bca abes pulak dh..

    ReplyDelete
  3. jeng! jeng! apakah yg berlaku pada syahir? adakah dia ditelan ular? atau adakah dia digigit buaya? nantikan sambungannya akan datang.. apakah?

    *ah amy ada jugak terselit watak aida dalam tu.. hik3.

    ReplyDelete
  4. eh..link blog mama zaimah salah la abg potia.. nie link dia..
    http://paripariputih.blogspot.com/

    abg tulis http://paripariputih.logspot.com/ xde urup B... =3 apakah??

    ReplyDelete
  5. @Yana Sakura thanks sbb ingatkan.. klu tak kecik hati plak PPP ekekek

    ReplyDelete
  6. Wah.. Jahat betul watak si korn yang ade kete sport wane merah tu kan.. Sila sambung cter ni lagi... Ape jadi kat syahir?... Ececeyh.. Dan dan nak saspen...

    ReplyDelete
  7. wow! semua pelakon handalan..:) best2..mohon sambung segera..hehehe box office ni kalo masuk pwangam..:)

    ReplyDelete
  8. mana dpt idea menulis ni potia? kelakar sungguh, gelak tak tahan tau :)
    lupa daratan sungguh eh baby tu kan, cepat2 sambung okey, nk tau gk apa yg terjadi kat si syahir tu =)

    ReplyDelete
  9. kelassssssss aku suke suke... sbb dpt pegag watak yg paling banyak dialogue ngan hero keh keh keh ko hade??

    P/S: POTIA MOHON SAMBUNG NOVEL INI YA.... DOA NI DOA...

    ReplyDelete
  10. P/S: Kadang2 kita berkarya melalui pengalaman yg kita lalui...dan PPP rasa novel dari pengalaman hidup kita sendiri adalah novel terbaik, antara novel2 yang berlambak di pasaran... kan??

    ReplyDelete
  11. jannah jugak lekat.. pine potia.. majuk selamanya dgn potia..=="

    cepat sambung..XD

    ReplyDelete
  12. hahaha, aku hempok kang.
    sambungan please. biar habis terus. sila jadikan pira watak utama. haha :P

    ReplyDelete
  13. @Aida Omar aida yg tau kan apa jd pada syhirkan.. ekekeke

    ReplyDelete
  14. @KorN hakhkahka... belom jahat habis lagi tu

    ReplyDelete
  15. @babycomel ekekek.. insirasi dtg bila tak leh tido.. ekek

    ReplyDelete
  16. @paripariputih khakhakahk... klu ada part kat cafe ada lah nnt...

    ReplyDelete
  17. @zanairin jannah ke kambing yg terbaik? nak tukar ni ekekek

    ReplyDelete
  18. @piraaa ni tgh minum kacp patimah ke ni...? ganaz semacam jek

    ReplyDelete
  19. nak jadi penulis novel ke hape ni, haha

    cepat la sambung, cam best je =D

    ReplyDelete
  20. untunglaa name sume org ade kan... name gua jgk xde...mohon edit widget blogwalking GBS n msukkan url blog gua skali

    ReplyDelete
  21. hahahaha..watak aku si sakit perut??hehehehe.. pergh, korn pulak orang kaya??hahahaha..terbaekk..hehhe

    ReplyDelete
  22. best best x sabar nk tunggu sambungan mana tau aku ada sekali dlm cerita ni haha

    ReplyDelete
  23. best.. jln cerita yg bagus

    ReplyDelete
  24. wah.. ko letak aku watak antagonis ye.. best2.. aku tunggu sambungan nye nnti.. cepat la potia sambung.. hehe.. teruja plak

    ReplyDelete
  25. untunglah korn. mohon potio bertabah. hahaha

    ReplyDelete
  26. ulang balik baca utk setahun yg lepas. gelak terbahak-bahak. kelakar betul masih lupa daratan kah si baby tu?? eh, ada sambungan dia tak abang potia? kita dah lupa la.. kekekkee

    ReplyDelete

NO SPAM ALLOWED !!!
Sebarang Komen yang tidak berkaitan dengan artikel / SPAM akan Di PADAM. Terima Kasih.

Item Reviewed: SUATU MASA - Review secara pukal Rating: 5 Reviewed By: Potia Casadelarossa